29 January 2016

MPSP lanjut tempoh operasi Kaunter Berpusat 29 Feb. sehingga 8.30 malam untuk pembayar cukai

LEE Kai Loon (kiri) turut mengikuti mesyuarat tersebut pagi ini, dari bangku pemerhati bersama-sama seorangwartawan yang lain.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Tempoh operasi Kaunter Berpusat di Kompleks Ibupejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Bandar Perda pada 29 Februari ini dibuka seawal jam 7.30 pagi dan akan dilanjutkan sehingga jam 8.30 malam.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, inisiatif itu demi memudahkan proses membayar cukai taksiran berwajib.

"Lanjutan tempoh operasi kaunter ini adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan dan stakeholders membuat bayaran cukai taksiran setengah tahun pertama 2016 untuk semua jenis pegangan harta berkadar seluruh Seberang Perai dan bayaran lain-lain perkhidmatan MPSP," katanya dalam Mesyuarat Penuh Majlis di sini pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Kai Loon turut mengikuti mesyuarat tersebut, dari bangku pemerhati bersama-sama barisan wartawan yang lain.

Selain itu, Maimunah memberitahu, bil kompaun letak kereta MPSP dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang boleh dibayar di Kaunter Berpusat di sini, sejak 15 Januari lalu.

Info lanjut, layari laman web MPSP, iaitu www.mpsp.gov.my atau hubungi unit kompaun di talian 04-5402581 atau 04-5402582 dan layari web MBPP, iaitu www.mbpp.gov.my atau hubungi talian 04-2592242 atau 04-2592285.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus