Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri meluluskan
sebidang tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di Batu Maung untuk
memajukan sebuah kuil baharu.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan
Lim Guan Eng memberitahu, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang akan
berurusan dengan persatuan yang memohon tanah tersebut sebelum ini.
"Kelulusan tanah ini
adalah atas usaha Dato' Abdul Malik sebagai ADUN Batu Maung,"
jelas Guan Eng yang juga Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah &
Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan
Hal Ehwal Bukan Islam di sini, tengah hari tadi.
Sementara itu, Abdul Malik
memberitahu, sebelum projek perumahan mewah Southbay dimajukan,
terdapat sebuah kuil di sana.
Tambah Abdul Malik, pihaknya diminta memanjangkan hasrat sebuah persatuan
komuniti penganut Hindu.
"Menghadapi tekanan
pembangunan di kawasan itu, tuan tanah yang sedia ada ini
membangunkan tanah itu (Southbay) dan pihak jawatankuasa telah
memohon sekeping tanah daripada saya selaku ADUN," jelas Abdul
Malik.
Pada sidang media sama,
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu
Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy merakamkan penghargaan kepada
Kerajaan Negeri atas pemberian tanah tapak kuil baharu itu.
No comments:
Post a Comment