CHOW Kon Yeow (kanan) dan Szeto Wai Long pada sidang media di Komtar, George Town, petang tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Hasil
tambakan laut untuk membiayai kos pemajuan Transit Aliran Ringgan
(LRT) dari Komtar ke Bayan Lepas serta lebuh raya dari Pulau
merentasi laut ke Seberang Perai akan memastikan Kerajaan Negeri
memiliki kepentingan atas pengangkutan awam tersebut, bukan pihak
swasta.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu,
kedua-dua projek utama di bawah Pelan Induk Pengangkutan (TMP)
tersebut akan diserahkan kembali pada Kerajaan Negeri, selepas siap
dimajukan oleh Konsortium SRS selaku rakan pelaksana projek (PDP)
nanti.
"Pengangkutan (awam)
adalah suatu keperluan sosial...kalau operasi tiada rugipun, itu
sudah baik.
"Dalam kes ini, capital
investment datang daripada
Kerajaan Negeri melalui tambakan laut, ertinya ia (tanah yang ditebus
guna ini) dimiliki oleh kerajaan dan rakyat.
"Jangan bimbang
sekiranya penjualan tiket-tiket (LRT) untuk membiayai (kos pemajuan)
RM6 bilion itu tidak mencukupi, kerana ia sudah ditanggung oleh
Kerajaan Negeri melalui tambakan laut itu.
"Inilah tujuan mengapa
tambakan laut diperlukan, kerana kita milik sistem (LRT) itu,"
jelas Kon Yeow kepada wartawan di sini tengah hari tadi.
Penjelasan itu sekaligus
menolak dakwah pembangkang Pulau Pinang yang mendakwa kerja-kerja
tambakan laut di negeri ini lebih merugikan rakyat serta
menguntungkan pemaju swasta terbabit.
"Kerajaan Negeri
menjadi pemilik tanah-tanah yang ditambak itu, bukan seperti
kontraktor dulu-dulu apabila memeterai satu-satu perjanjian,"
jelas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.
Difahamkan, Kerajaan Negeri
era Barisan Nasional pada tahun 1999 pernah meluluskan projek
tambakan laut seluas 940 ekar di Tanjung Pinang dengan harga serendah
RM1 sekaki persegi kepada satu pihak sahaja, beserta syarat hanya 10
peratus tanah tebus guna tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri.
Sebelum itu, Kon Yeow
bersama-sama Pengarah Projek TMP daripada Konsortium SRS, Szeto Wai
Long membentangkan kajian terperinci serta status pelaksanaan TMP
yang terbaru, selepas mendapat 'lampu hijau' Kerajaan Negeri pada 21 Oktober tahun lalu.
Untuk projek pemajuan LRT itu, Wai Long memberitahu pihaknya merancang untuk menyempurnakan hasil Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) dan Kajian Terperinci Impak Pembangunan (DID) serta Penilaian Impak Sosiao (SIA) dalam tempoh enam bulan, lalu menyerahkan laporan berwajib kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada hujung bulan Jun.
Wai Long turut menjelaskan mengenai status firma perunding bagi projek pemajuan LRT serta cadangan tebus guna tanah berwajib.
TMP pula merupakan projek pemajuan sistem trafik bersepadu yang meliputi pemajuan beberapa batang lebuh raya, termasuk dari Pulau ke Seberang Perai.
Selain LRT, pelan itu juga terdiri oleh pemajuan satu jajaran LRT serta dua monorail di bahagian Pulau, serta satu LRT lain merentasi laut ke tanah besar Seberang Perai.
Selain itu, satu lagi jajaran monoral lain serta sistem bas alihan cepat (BRT) turut akan diwujudkan di Seberang Perai.

No comments:
Post a Comment