Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap segera
meluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
berjumlah RM997juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di
negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam suratnya kepada Najib pada 23 Disember
lalu memberitahu, jumlah peruntukan itu berdasarkan permohonan yang
dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang.
"Permohonan
kelulusan peruntukan ini berjumlah RM997 juta berbanding permohonan
sebelum ini berjumlah RM805 juta.
"Pindaan
permohonan peruntukan ini adalah berpandukan kepada beberapa
pertambahan skop di bawah RTB Lembangan Sungai Pinang dengan
mengambilkira kos bagi perobohan struktur sedia ada, pembinaan sistem
pemantauan banjir, menaiktaraf terowong air di cabang Sungai Pinang
dan pengindahan koridor sungai," jelas Guan Eng yang juga Guan
Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan
Islam.
Lagipun
katanya, Kerajaan Negeri telahpun berjaya menyelesaikan isu
penempatan semula penduduk yang terlibat dalam projek RTB terdahulu,
sebagaimana dinyatakan dalam RMK-10.
Justeru,
katanya lagi, langkah Kerajaan Pusat mempercepat kelulusan peruntukan
RTB sebagaimana dinyatakan dalam RMK-11 sekaligus akan membawa faedah
kepada penduduk di negeri ini.
"Kerajaan
Negeri menghargai keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri di
atas kejadian banjir kilat semasa sambutan Hari Raya Haji dan
berjanji akan memberikan bantuan.
"Adalah
diharapkan bantuan RM997 juta boleh memenuhi hasrat keprihatinan Yang
Amat Berhormat Dato’ Sri untuk mengatasi masalah banjir kilat di
Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Dalam
perkembangan berkaitan, Exco Perancangan Bandar & Desa dan
Perumahan, Jagdeep Singh Deo bersama-sama penduduk setempat baru-baru
ini melancarkan demontrasi aman menuntut Kerajaan Pusat meluluskan
sekurang-kurangnya RM450 juta untuk projek mengurangkan risiko
bencana banjir di sekitar Sungai Pinang.
Semasa itu,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkenaan
mendedahkan, Kerajaan Pusat melalui RMK-11 sepatutnya meluluskan
peruntukan sebanyak RM805.4 juta untuk melaksanakan tujuh projek
Rancangan Pemuliharaan Sungai (ROL) dan RTB.
Selain projek di Sungai Pinang, enam projek lain adalah di Sungai Juru yang menelan belanja RM80 juta, Sungai Jawi (RM40 juta), Sungai Perai RM35 juta), RTB Bayan Lepas (RM153 juta), RTB Sungai Perai (RM35.4 juta) dan RTB Sungai Kechil (RM12 juta).
No comments:
Post a Comment