KETUA Menteri dalam ucapannya berharap GST akan mendorong rakyat tidak lagi menyokong kepemimpinan UMNO BN di PRU14 nanti. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang didalih menyelamatkan rakyat Malaysia, sebenarnya hanya menyelamatkan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ekonomi negara kian parah, dengan nilai Ringgit Malaysia kian menyusut lagi.
"Semua orang jatuh (susah). Apabila satu orang tak susah, semua orang jatuh susah.
"Nilai Ringgit (Mlaysia) menyusut pada 4.43 berbanding dolar AS, adakah ia bernilai lagi," tanya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan pada Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016 di sini hari ini.
Hari ini, Najib dilaporkan berdalih GST menyumbang pada pendapatan negara.
Menurut Presiden Umno itu, GST turut disifatkan sebagai penyelamat kewangan Kerajaan BN Pusat, serta ekonomi tanah air.
Bulan lalu, kutipan bersih GST diunjurkan berjumlah RM27.126 bilion, daripada hasil kasar sebanyak RM37.67 bilion.
Dianggarkan hasil bersih GST akan meningkat kepada RM39 bilion tahun ini.
No comments:
Post a Comment