JAGDEEP Singh Deo |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI
JEREJAK – Kerajaan Negeri mengalu-alukan dua permohonan
Kerajaan Pusat untuk membina rumah mampu milik di bawah program
Perumahan Rakyat 1Malaysia (P1MA) di Pulau Pinang baru-baru ini.
Exco
Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo
memberitahu dua permohonan itu sebenarnya adalah susulan pada
mesyuarat beliau dengan pegawai Perbadanan PRIMA Malaysia pada bulan
Ogos tahun lalu.
"Kami
menerima permohonan pada Disember tahun lalu bagi dua projek
perumahan mampu milik di bawah PR1MA di Batu Ferringhi dan Bukit
Gelugor, dengan sejumlah 2,644 unit," kata Jagdeep pada Sidang
Kemuncak Hartanah Pulau Pinang 2016 di Subterranian Penang
International Conference & Excibition (sPICE) di sini, 8
Januari lalu.
Beliau
bagaimanapun berkata, kedua-dua projek tersebut masih perlu mematuhi
syarat-syarat teknikal berwajib, yang digariskan oleh Kerajaan Negeri
serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
"Kami
sedang menunggu pelan cadangan daripada PR1MA bagi kedu-dua projek
ini dan permohonan mereka itu akan dipertimbang kelulusannya, jika
memenuhi syarat-syarat pemajuan rumah mampu milik yang telahpun
ditetapkan," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Datuk Keramat.
Dalam
perkembangan berkaitan, Jagdeep memberitahu, terdapat 12 projek
perumahan yang terdiri oleh 22,512 unit rumah kos rendah, kos
sederhana rendah dan rumah mampu milik sedang dan akan dibina di
kelima-lima daerah di negeri ini.
Jelasnya lagi,
fasa pertama pemajuan projek Bandar Cassia di daerah Seberang Perai
Selatan, dengan sejumlah 520 unit rumah mampu milik dijangka siap
menjelang akhir tahun ini.
(Dari kiri, depan) ROSLI Jaafar, Ketua Menteri, Jagdeep Singh Deo dan Ong Ban Seng di gerai pameran PDC di sini baru-baru ini. |
Serentak
dengan pameran hartanah selama tiga hari, persidangan tahunan kali
yang kedua baru-baru ini dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim
Guan Eng.
Hadir sama,
Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato' Mohd.
Rashid Hasnon, Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis
Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Dato' Dato' Rosli Jaafar
(Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC).
Pemaju Ideal
Properties, Dato' Alex Ooi, Dato' Toh Chin Leong (Pengurus Besar
Kanan IJM Land), Micheal Geh (Sr Partner of Rain & Home
International), Dato' Finn
Choong Khuat Seng (Convenor Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan
Hartanah dan Pembinaan bagi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang), Dr.
Noraini Abdullah (Pengarah Urusan Asia Global Business Sdn. Bhd.),
Tengku Dato' Idaura Ibrahim (bekas Timbalan Pengurus Besar PDC) dan
Dato' Ong Weng Soon (Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau
Pinang) dan Ong Ban Seng (Pengarah Penganjur Persidangan) antara
tokoh yang hadir pada persidangan kali ini.
Sidang
Kemuncak Hartanah Pulau Pinang 2016 yang melibatkan Persekutuan
Hartanah Antarabangsa (FIABCI) merupakan antara usahasama Kerajaan
Negeri untuk menangani cabaran semasa berkaitan pembangunan hartanah
serta kepentingannya untuk rakyat Malaysia di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment