29 January 2016

Bukit Mertajam 'Pekan Bangla', Ahli Majlis M. Satees minta penguatkuasaan berwajib MPSP

M. Satees pada sesi soal jawab tambahan dalam Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini, pagi ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Premis-premis perniagaan di Bukit Mertajam yang banyak dikuasai oleh buruh asing seakan menjadikan kawasan komersial itu umpama 'Pekan Bangla', kata Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) M. Satees.

"Sekarang saya nampak warga asing sudah berani menjalankan perniagaan dalam premis.

"Saya meminta pihak penguatkuasa mengambil tindakan di Pekan Bukit Mertajam, kerana sekarang telah pun menjadi seperti 'Pekan Bangla', tegas Satees dalam Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks MPSP dekat Bandar Perda di sini pagi ini.

Beliau turut meminta pihak pentadbiran MPSP mengemukakan rekod penguatkuasaan ke atas warganegara yang menyalahgunakan lesen perniagaan untuk warga asing menjalankan perniagaan secara 'haram' di Pekan Bukit Mertajam.

Menjawab isu tersebut, Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamed memberitahu, sebanyak lima operasi bersepadu dilaksanakan pada tahun lalu.

"Semasa kita membuat operasi itu, (waraganegara) pemilik lesen (perniagaan) itu ada di premis.

"Bagaimanapun kesalahan imigresen sebanyak 154 membabitkan warga asing...dan operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Lesen untuk perniagaan tidak diberikan kepada warga asing, tetapi lesen premis perniagaan, warga asing boleh mohon (daripada MPSP)," jelas Rozali.

Rozali memberitahu, pihaknya akan mengemukakan statistik terperinci kemudian seperti diminta Satees.

Mengulas lanjut isu berbangkit itu, Satees memberitahu, penguatkuasaan berwajib MPSP itu adalah selari dengan langkah Kerajaan Negeri melaksanakan larangan penjaja warganegara mengupah buruh asing menjadi tukang masak di Pulau Pinang.

Sebelum itu, Maimunah sekali lagi menjelankan mengenai langkah penguatkuasaan dasar pengasingan sisa di punca mulai 1 Jun depan depan.

Menurut beliau, dasar ini membabitkan lapan kategori premis, iaitu rumah kampung, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kondominium dan aparment, taman perumahan, kilang, kompleks membeli-belah, outlet makanan dan hotel, serta kompleks kerajaan.

"Sebanyak 14 buah taman telah diiktiraf sebagai taman bersih semenjak tahun 2014, salah satu daripada lapan kriteria adalah pengasingan sisa di punca," jelas beliau dalam ucapannya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri melalui MPSP pada 10 Januari lalu melancarkan projek perintis pelaksanaan dasar pengasingan sisa di punca dekat Kampung Changkat, Nibong Tebal, yang disempurnakan sendiri oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Pada majlis sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow semasa berucap memberitahu, peringkat permulaan ini pemilik premis kampung umpamanya diminta membuat pengasingan sisa di punca secara asas, iaitu sisa yang boleh dikitar semula dan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus