08 January 2016

Bank didakwa tekan pelanggan

PERSATUAN Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank) mendakwa beberapa institusi perbankan Islam di negara ini tidak mematuhi syariah dan menekan pelanggan.

Pengerusinya, Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, hasil kajian dijalankan pihaknya selama tiga tahun mendapati, terdapat banyak masalah yang dihadapi pelanggan perbankan Islam dari segi prinsip, kontrak dan pelaksanaannya.

“Kami telah teliti sebanyak 422 kes melibatkan institusi perbankan Islam dan kes ini masih lagi berjalan serta belum mendapat penyelesaiannya,” katanya pada sidang media sempena Seminar Kewangan & Perbankan Islam dan Perlindungan & Hak Pengguna di Kuala Lumpur.

Sheikh Abd Kareem berkata, antara penemuan hasil kajian itu, sebanyak 200,000 projek perumahan terbengkalai dicatatkan sejak 1990 hingga 2011.

“Kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu merupakan peminjam daripada institusi perbankan Islam. Mereka dituntut pihak bank untuk membayar disbursement dan ada juga sesetengah bank tersebut membuat tuntutan sejumlah amaun yang tidak munasabah.

“Ia menyalahi prinsip Islam. Sepatutnya, dalam kes begini pengguna boleh mengambil tindakan terhadap bank kerana tidak dapat menyediakan rumah, sedangkan ia kepunyaan bank, namun kerana terbengkalai, bank gagal mendapatkannya,” katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus