JASENI Maidinsa. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - El Nino 'kuat'
yang turut melanda Pulau Pinang mungkin mampu didepani tanpa catuan
air, jika keadaan kemarau pada kali ini adalah sama dengan fenomena
yang pernah melanda negeri pada tahun 2014 dahulu.
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Belakan Air Pulau Pinang (PBAPP), Dato' Ir. Jaseni
Maidinsa bagaimanapun berkata, status amaran tetap diumumkan pada
hari ini, supaya kepenggunaan bekalan air bersih lebih cermat.
"Empangan ini, kita
(PBAPP) reka bentuk untuk menadah air selama 100 hari, jadi, sampai
bulan April kita (Pulau Pinang) boleh bertahan.
"Selalunya hujan akan
kembali turun pada hujung bulan Mac ini," jelas Jaseni pada
sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di
sini, petang tadi.
Hadir sama, Exco Perancagan
Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.
(Dari kiri) JAGDEEP Singh Deo, Ketua Menteri dan Jaseni Maidinsa pada sidang media di sini, petang tadi. |
Sehingga hari ini, Jaseni
menjelaskan kapasiti air di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk
Bahang berada dalam keadaan 'sihat', dengan masing-masing pada tahap
87.6 peratus dan 83.2 peratus.
Ujarnya lagi, Empangan
Mengkuang pula masih dalam proses pemajuan.
Katanya lagi, paras air di
Sungai Muda yang direkodkan setinggi 2.53 meter pada hari ini
membolehkan proses menimba air ke Empangan Mengkuang seperti biasa.
Difahamkan, fenomena El Nino
'kuat' mengakibatkan suhu melambung setinggi 40 darjah Celcius,
sekarang.
Manakala, insiden terakhir
hujang pada 29 Disember tahun lalu mencatatkan taburan 31.0 milimeter
air di Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang (38 milimeter) dan
Empangan Mengkuang (17 milimeter).
"Dua tahun lalu, semasa
musim kemarau panjang pada bulan Januari, Februari dan Mac 2014
melanda negeri ini, jumlah taburan hujan hanya 83.0 milimeter di
Empangan Air Itam, 70.0 milimeter di Empangan Teluk Bahang dan 115.0
meter di Empangan Mengkuang," jelas Jaseni.
No comments:
Post a Comment