BUKIT TENGAH
– 84
wanita dan 75 peserta dari luar negara antara 900 orang yang menyahut
cabaran acara kayuhan sejauh 100
batu Ideal Property
Tristate 160 Fellowship Ride baru-baru
ini,
Yang
di-Pertua Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah
Mohd. Sharif berharap acara kali ini dapat menyemarak lagi kesedaran
perkongsian pengguna jalan raya dengan penunggang basikal di negeri
ini.
Katanya,
acara kali ini merupakan kesinambungan pada pada program Campaign
For A Lane CFAL), yang
dianjurkan sebelum ini.
“Acara
ini merupakan penganjuran kali kedua dengan kerja sama G
Club Penang Cyclists, Kelab Basikal LP MTB dan MPSP, selepas
kejayaan
menganjurkan acara yang sama sejauh 128km tahun lepas,” jelas
Maimunah di sini.
Pada
sidang media sama, wakil penganjur memberitahu, keputusan untuk
menambah jarak kayuhan adalah untuk melayakkan acara ini disenaraikan
sebagai 'century
ride',
sepertimana yang diiktiraf di seluruh dunia.
Seawal
jam 6,45 pagi, kayuhan sejauh 160 kilometer dilepaskan di perkarangan
Autocity dekat Juru merentasi Selama dekat Perak dan Kulim di Kedah,
sebelum menamatkan cabaran di garis pemulaan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment