SUASANA perarakan aman sempena sambutan Maulidur Rasul 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang, dari tapak parkir SP Arena menuju ke perkarangan Masjid Jamek Seberang Jaya di sini pada pagi tadi. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang yang
diraikan saban tahun diharap dapat menyemarakkan lagi penghayatan
umat Islam terhadap sunnah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W..
Exco Hal Ehwal
Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato'
Abdul Malik Abul Kassim berkata demikian semasa berucap pada Majlis
Himpunan Ummah baru-baru ini.
"Perayaan-perayaan
yang dijalankan mestilah tidak hanya berteraskan kebudayaan.
"(Melalui)
perayaan-perayaan ini, Insya-Allah, kita (Kerajaan Negeri)
mengharapkan agar umat Islam dapat mencontohi Sunnah Nabi Muhammad
S.A.W. dalam kehidupan seharian kita," jelas Abdul Malik di
Masjid Jamek Seberang Jaya di sini.
Abdul Malik
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung memberitahu,
umat Islam hari ini sewajarnya bangkit dalam konteks pemikiran,
kebudayaan dan keintelektualan, demi memajukan ekonomi masing-masing
di Pulau Pinang.
Yang
di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Datuk Seri Utama
Dr. Abdul Rahman Abbas diiringi isteri, Toh Puan Datuk Seri Utama
Hajah Majimor Shariff menyempurnakan majlis perasmian Sambutan
Maulidur Rasul tersebut.
Tun Abdul
Rahman dalam ucapannya turut memuji Kerajaan Negeri kerana konsistan
mengangkat maksud "Al-Islam Rahamatun Lil 'Alamin"
berdasarkan inti ayat 107 daripada Surah Al-Anbiya', sebagai tema
sambutan pada kali ini.
ADUN Seberang
Jaya merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan
Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Dato' Maktar Shapee (ADUN
Sungai Bakap merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Pulau Pinang), Dato' Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri),
Sohibus Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (Mufti Negeri) dan
Dato' Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang, JHEAIPP) antara pemimpin negeri yang hadir pada majlis
tersebut.
Pada majlis
sama, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Sheikh
Hussain Yee Abdullah, 65, dipilih sebagai sebagai Tokoh Maulidur
Rasul Pulau Pinang sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW
di peringkat negeri di sini hari ini.
Peguam muda
Muneer Mohamed Farid dipilih sebagai penerima Anugerah Qudwatur Rasul
Kategori Belia, manakala, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dipilih
untuk Kategori Kemasyarakatan.
Bagi Kategori
Pendidikan, anugerah itu diraih guru daripada Sekolah Menengah Agama
Nurul Islam, Mardziah Zakaria, manakala, bagi Kategori Inovasi
dianugerahkan kepada Pensyarah dan Ketua Penyelidik Pusat Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia, Prof
Madya Dr. Soib Taib.
Sebelum itu,
lebih 20 kontinjen menjayakan acara perarakan dari perkarangan parkir
SP Arena ke Masjid Jamek Seberang Jaya.
Mereka,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan Kewangan Negeri,
gabungan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Jabatan Mufti Negeri,
Jabatan Perancang Bandar & Desa (JPBD), Pejabat Tanah &
Galian Negeri, Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah Jabatan Pengairan &
Saliran (JPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Veterinar
Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Botani Negeri, Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBAPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP).
Turut serta,
Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang, Ibupejabat Polis Kontinjen
Pulau Pinang, Kastam, Bomba, Imegresen, Kompleks Penjara Seberang
Perai, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, RELA, Hospital Pulau
Pinang, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja
(KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia, Persatuan Silat Pusaka Gayong Cawangan Seberang Perai dan
Sungai Ara.
No comments:
Post a Comment