18 December 2015

Mesin kompos semulajadi di Pasar Awam Pulau Tikus pertama di Malaysia

CHOW Kon Yeow (depan sekali) cuba memproses sisa makanan terkumpul menggunakan mesin yang terdapat di Tapak Pengkomposan Sisa Makanan di Pasar Awam Pulau Tikus baru-baru ini.

PULAU TIKUS – Sisa makanan yang dihasilkan di Pasar Awam Pulau Tikus kini boleh dikompos menjadi baja cecair secara semulajadi tanpa bahan kimia, menggunakan kaedah Bio Technology Incorporating MBT (microbial balancing technology).

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, projek perintis yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu mungkin yang pertama di tanah air ini.

Kaedah ini bukan sahaja menerima semua jenis sisa makanan kecuali tulang bersaiz besar, tetapi, ianya lebih bersih, jimat, selesa dan tiada masalah kacau ganggu haiwan perosak dan masalah bau kepada persekitaran.

Dengan unit mesin yang bersaiz kecil, penggunaan ruang dan kemudahan utiliti turut dapat diminimakan,” jelasnya pada majlis Lawatan Tapak Pengkomposan Sisa Makanan di Pasar Awam Pulau Tikus di sini baru-baru ini.

Difahamkan, mesin kompos itu menggunakan teknologi mesra alam serta tiada bahan akhir gas kimia (metana atau CO2).

Menurut Kon Yeow, MBPP memperuntukan sebanyak RM30,000 untuk tujuan membeli mesin kompos tersebut, serta memasang tangki dan menyediakan perkhidmatan mengumpul sisa makanan berwajib.

"Mengikut kajian, statistik menunjukkan sebanyak 500 tan sisa makanan dijana setiap hari oleh penduduk Pulau Pinang di mana 33 peratus daripadanya merupakan sisa makanan.

Melalui program yang dijalankan ini, sisa makanan yang dijana oleh populasi penduduk di kawasan pentadbiran Majlis dapat dikurangkan melalui amalan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink dan Reinvent) seterusnya mencapai objektif dalam memastikan matlamat pengurangan sisa tercapai," jelas Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.


TANGKI kompos yang bersaiz kecil meminimakan penggunaan ruang.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow memberitahu, MBPP sejak tahun 2011 lagi menjalankan program pengurangan sisa makanan secara proaktif, melalui pengkomposan sisa makanan menjadi baca.

Program itu, katanya masih belum menggunakan mesin berteknologi terkini, seperti di Pasar Awam Pulau Tikus.

Sejak pelaksanaannya, sebanyak tujuh pasar, lima sekolah dan dua buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dilengkapi dengan mesin kompos ini,” jelas Kon Yeow.

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBPP, Mubarak Junus turut sertai majlis itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus