15 December 2015

Menteri MCA jangan salahkan DAP jika Umno mahu bekerjasama dengan PAS, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Di sebalik rancangan bekerjasama Umno dan PAS di peringkat nasional belakangan ini, Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyalahkan DAP pula.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Dr. Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sepatutnya mendapatkan penjelasan langsung daripada pemimpin Umno dalam Kerajaan Pusat berhubung rancangan berbangkit itu.

"Jangan ingat ucapan berbelit-belit boleh menyelamatkan MCA kerana ini bukan pertama kali Umno dan PAS bekerjasama.

"Datuk Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno) sendiri menyatakan kerjasama telah berlangsung selama dua tahun.

"Takkan Wee Ka Siong sebagai Ahli Kabinet (Kerajaan Pusat) tak tahu.

"Sekiranya dia benar-benar tak tahu, bermakna itu hanya 'barang hiasan dalam Kabinet dan tak ada apa-apa guna langsung," jelas Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian pada sidang media di sini, petang tadi.

Terdahulu, suatu akhbar berbahasa Cina antara lain melaporkan Dr. Wee mendakwa sikap politik DAP sebagai punca PAS mahu bergabung dengan Umno.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus