Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Pelancaran Kalender Peristiwa Perdagangan 2016 membuktikan
Kerajaan Negeri hari ini teres mengiktiraf para rakan penganjur
aktiviti perniagaan dan pergangan di negeri ini.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berharap persekitaran
ekonomi di negeri ini akan terus berkembang, sungguhpun terpaksa
mendepani masalah kejatuhan nilai Ringgit serta pelaksanaan Cukai
Barangan & Perkhidmatan (GST) yang membebankan semua pihak.
"Trade
Events Calendar 2016 adalah demi menggalakkan pameran perdagangan
dan pameran pada tahun 2016
"(Insiatif
ini) adalah salah satu daripada langkah-langkah penting yang diambil
demi merangsang dan meningkatkan aktiviti ekonomi (meliputi) sektor
perdagangan dan perniagaan di Pulau Pinang.
"Ia juga
memberi pengiktirafan kepada rakan-rakan (meliputi) penganjur acara
sekerja, persatuan dan sebagainya," jelas pada majlis Pelancaran
tersebut Sunway Carnival Mall di sini baru-baru ini.
Hadir sama,
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim dan Yang di-Pertua Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif.
Guan Eng yang
juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan,
Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam
memberitahu Kerajaan Negeri komited untuk membantu para rakan
penganjur berkenaan untuk mengembangkan aktiviti perdagangan
masing-masing ke peringkat nasional hatta antarabangsa pada masa
hadapan.
Chinese New
YearProperty 2016, Homeland Fair, 8th Penang International
Indians Shopping Festival 2016, 18th & 19th
Penfernex 2016, Tastefully Food & Beverage Expo 2016, Penang
Ramadan Souq 2016, Penang
Culinary Skill Challenge, Battle of the Chefs, Asia Food Festival,
Festival Raya Hijab dan
Kecantikan 2016 (Hijabey 2016) dan Vendor Boutique Festival
(VBFEST 2016) adalah
antara peristiwa yang dimuatkan dalam Kalender Peristiwa Perdagangan
2016.
Kalender
ini dilancarkan tiap-tiap tahun sejak 2009 demi menghargai rakan
penganjur program perdagangan dan perniagaan bersama-sama Kerajaan
Negeri, selain merangsang perkembangan prospek ekonomi di Pulau
Pinang.
No comments:
Post a Comment