14 December 2015

Guan Eng rakam tahniah Syed Thajudeen artis kesembilan terima PSAG

KETUA Menteri (kiri) dan Haryany Mohamad (kanan) menunjukkan beberapa monograf Syed Thajudeen Shaik Abu Talib (tengah) pada majlis pameran restrospektif di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pelukis terkenal, Syed Thajudeen Shaik Abu Talib mengadakan Pameran Restrospektif di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pelukis kelahiran Pulau Pinang itu kerana dipilih sebagai artis Malaysia kesembilan diberi anugerah berprestij Galeri Seni Pulau Pinang (PSAG).

"Pameran retrospektif yang disertai oleh monograf yang baik kepada artis ini adalah pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pencapaian seorang artis Malaysia yang cemerlang," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Difahamkan, Tajuddeen dilahirkan dekat "Little India" di tengah-tengah George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Beliau begitu banyak melakukan pameran berkumpulan di tanah air ini, sebelum ini.

Dalam sembilan kali pameran solo yang pernah dilakukannya, Thajudeen merupakan individu pertama membuat pameran solo di Muzium Seni Dan Galeri Pulau Pinang pada tahun 1975.

Kini, Tajudeeen adalah penerima kesembilan anugerah PSAG pada tahun ini, di belakang Cheung Poooi Yip (2014), Tan Chiang Kiong (2013), Chong Hon Fatt (2012), Eric Quah (2011), Ismail Hashim (2010), Dato' Tay Mo Leong (2009), Lee Joo For (2008) dan Khoo Sui Hoe (2007).

Guan Eng dalam ucapannya turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri menyokong usaha PSAG untuk mengenali artis Malaysia melalui pameran retrospektif serta mengumpul kerja-kerja mereka, supaya Himpunan Tetap yang berkualiti dapat diwujudkan secara beransur-ansur di Pulau Pinang.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah setakat ini menyediakan geran sebanyak RM500,000 untuk tujuan ini.

"Saya berharap untuk melihat pengambilalihan baru Himpunan Tetap PSAG dalam pameran yang dirancang pada 2016," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Rokiah Ismail kerana kurator undangan Pameran Restrospektif Syed Thajudeen berkenaan begitu rajin dan dedikasi dalam menghasilkan pameran yang luar biasa serta mengedit monograf 320 halaman tersebut.

Selain Rokiah Ismail, Pengerusi Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Dato’ Tang Hon Yin dan Pengarah Muzium & Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Haryany Mohamad turut hadir pada majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus