21 December 2015

Dr. Afif Bahardin lepas 1,000 tukun tiruan ke laut, belanja RM393,900

DR. Afif Bahardin (berbaju putih) menyaksikan kerja-kerja menurunkan tukun-tukun di perairan berhanpiran Pulau Kendi di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TAMBUN - 1,000 tukun tiruan yang diturunkan ke perairan berhampiran Pulau Kendi dan Pulau Aman diharap menambahkan lagi populasi hidupan laut di sini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, kos projek kelestarian habitat laut itu menelan belanja RM393,900, daripada sumber peruntukan bagi tahun 2015.

"500 tukun tiruan ini diturunkan di (perairan) Pulau Aman dan baki 500 lagi di Pulau Kendi... ini bajet tahun ini.

"Dengan tukun-tukun tiruan ini, kita (Kerajaan Negeri) harap menambah lagi populasi ikan, yang akhirnya akan menambah jumlah tangkapan para nelayan di kawasan ini," ujar Dr Afif kepada wartawan di sini, petang tadi.

Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pan-Mutiara), Aziz Sabdin pula memberitahu, inisiatif Kerajaan Negeri rersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 nelayan pantai di negeri ini.

"Lebih kurang 10,000 nelayan yang terlibat, akan boleh faedah.

"Kita (Pan-Mutiara) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin pada kebajikan para nelayan, dan pada masa yang sama membina tukun-tukun tiruan untuk membiakkan ikan-ikan di perairan ini," ujar beliau pada sidang media berasingan di sini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus