02 December 2015

BN P.Pinang perlu tahu Pusat tidak lulus projek RM805.4 juta ketika kritik kejadian banjir, nasihat Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) menjelaskan status rancangan Kerajaan Negeri mengurangkan risiko banjir di negeri ini, yang sepatutnya mendapat komitmen pembangkang Pulau Pinang serta Kerajaan Pusat, pada sidang media bersama-sama Jagdeep Singh Deo (paling kiri), Mohd. Rashid Hasnon (dua dari kiri) dan Abdul Malik Abul Kassim (paling kanan) di sini petang tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Barisan Nasional Pulau Pinang sepatutnya mengetahui bahawa Kerajaan Pusat sehingga kini masih tidak meluluskan sebarang peruntukan berwajib untuk tujuan menangani kejadian banjir di negeri ini

Justeru, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menasihatkan pembangkang supaya tidak hanya mengkritik kemampuan Kerajaan Negeri berhubung kejadian banjir terbaru seperti di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bayan Lepas pada 29 November lalu.

Tegasnya, Kerajaan Negeri dalam Bajet 2015 memperuntukan sebanyak RM13.9 juta serta tambahan RM10 juta lagi pada tahun hadapan untuk tujuan tebatan banjir dan penarafan sistem perparitan.

"Kita hanya mampu melaksanakan projek-projek bersekala kecil (dengan kos) RM3 juta hingga RM5 juta sahaja.

"Jangan hanya mengkritik, tetapi, tidak ingin melihat kelulusan diberikan (oleh Kerajaan Pusat) kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek berskala besar," tegas Kon Yeow kepada wartawan di sini, petang tadi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Dato' Mohd. Rashid Hasnon (Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I) Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) serta Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti).

Semalam, Jagdeep bersama-sama komuniti setempat melancarkan demontrasi menuntut Kerajaan Pusat segera meluluskan projek pelebaran dan mendalamkanSungai Pinang, berjumlah RM450 juta.

Tegasnya, Kerajaan Pusat didesak supaya tidak memungkiri janji kerana projek tersebut serta enam projek lain dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

RMK-11 menyatakan enam projek lain itu di Sungai Juru yang menelan belanja RM80 juta, Sungai Jawi (RM40 juta), Sungai Perai RM35 juta), RTB Bayan Lepas (RM153 juta), RTB Sungai Perai (RM35.4 juta) dan RTB Sungai Kechil (RM12 juta) turut dijelaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11); serta mesti ditunaikan segera oleh Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus