KETUA Menteri (belakang, tiga dari kiri) serta tetamu kehormat lain menyaksikan gelagat kanak-kanak menerima "angpaw rawa" daripada Jagdeep Singh Deo (belakang, lima dari kiri) di sini baru-baru ini. |
Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
BAYAN LEPAS
- Pulau Pinang ke arah menjadi negeri keusahawanan, dengan pemajuan
Mayang Mall yang dijangka siap pada Julai tahun depan sebagai satu
lagi simbol kejayaan Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, operasi agensi negeri
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan berpindah ke kompleks
itu, apabila projek pemajuan perdana Penyumberan Luaran Proses
Perniagaan (BPO) siap pada bulan Julai tahun depan.
"Dalam
usaha untuk mewujudkan semua ini, Kerajaan Negeri perlu membuat
pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan dan industri kreatif dan
inovatif.
"Saya
ingin memberitahu anda bahawa selepas BPO Perdana disediakan, PDC
akan dipindahkan di bangunan sendiri.
"Ini,
untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu hab penyumberan luar
global pada masa akan datang," kata Guan Eng di sini, semalam.
Justeru, Guan
Eng berharap, projek BPO Perdana tersebut mampu memberi manfaat
kepada perkembangan industri kreatif serta inovatif di negeri ini,
yang merangkumi sektor perniagaan, kerjaya, masyarakat dan
perkhidmatan awam.
Timbalan Ketua
Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli
Jaafar turut berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali PDC tersebut
Hadir sama,
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.
Pada Ogos
lalu, PDC baru memeterai satu perjanjian dengan dua pihak dari
Singapura bagi pembangunan projek perdana BPO, dengan RM1.3 bilion
nilai pembangunan kasar (DGV).
Projek usaha
sama PDC dengan Temasek serta Economic Development Innovations
Singapore Pte. Ltd. (EDIS) tersebut di atas sebidang tanah milik PDC
berkeluasan 6.8 ekar di Bayan Baru.
Majlis
menandatangan perjanjian itu di antara Pengurus Besar PDC, Dato'
Rosli Jaafar dan David Heng (wakil Temasik).
Guan Eng
memberitahu, usaha sama itu membolehkan PDC memegang 51 peratus syer,
dan selebihnya dipegang oleh para pelabur lain.
Tambah Guan
Eng, projek perdana BPO itu turut akan mewakili hab perniagaan utama
Multimedia Super-Corridor (MSC) Malaysia di Bandar Siber 1 Pulau
Pinang, yang meliputi tanah kira-kirta 1.6 juta kaki persegi.
Katanya, rancangan pemajuan projek tersebut dilaksanakan dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019.
Katanya lagi, projek jangka panjang itu turut akan menampung kekosongan ruang pejabat Gred A untuk Pelancaran Perkhidmatan Penyumberan Luar (SSO) dan PBO.
“Sektor SSO telah mencapai pertumbuhan pesat selama ini dan Malaysia turut disenaraikan sebagai destinasi SSO ketiga di dunia oleh global firma perunding pengurusan AT Kearney sejak 2004 selepas India dan China," katanya.
Seperti di Pulau Pinang, pelaburan kumulatif bagi syarikat SSO berstatus MSC antara tahun 2009 dan 2014 direkodkan mencapai RM4.073 bilion.
Sektor SSO di sini juga menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan dan berkhidmat kedua-dua pasaran serantau dan global.
Temasek adalah sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Singapura dengan portfolio pelaburan S$266 bilion (RM628.6 bilion) pada 31 Mac lalu, dan EDIS juga beribu pejabat di Singapura dengan rangkaian operasi pelaburannya di Jerman dan Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment