Kita boleh tanya anak kita sendiri, jika ingin tahu atau biarkan cikgu Tadika ABS bertanya mereka pada sesi interaksi pra persekolahan nanti.
Jika mata hitam anak kecil naik ke atas, karektor anak ini adalah visual. Di tadika, beliau lebih mudah belajar dengan gambar.
Jika mata hitam di tengah-tengah, karektor anak ini adalah auditori, mendatar semasa berfikir. Apa yang didengar di tadika, akan lebih mudah dipelajari dan difahami.
Jika anak itu tidak duduk diam dengan soalan cikgu di tadika, barangkali karektornya adalah kinestetik. Ajak lah anak ini berbicara sambil disentuh-sentuh kepala dan tangannya, beliau akan memberi jawapan atas soalan kita itu. Lagi umum soalan cikgu, lagi rumit jawapannya kerana anak yang berkarakter sebegini suka memikirkan sesuatu yang kontekstual. Jawapan yang konkrit boleh menajamkan karektornya dalam pelajaran.
"Kenali karektor anak kita, kita akan banyak belajar bagaimana untuk mendidik mereka."
No comments:
Post a Comment