Mudir Am Sekolah Rendah Islam Al-Ansar
(SRIA) Tuan Guru Ustaz Muhammad Fauzi Yusof antara lain menggambarkan
ada 'tangan ghaib' yang menafikan sumbangan Bantuan SAR ke
sekolahnya, apabila sepucuk surat jemputan umum ke majlis tersebut
diambil balik oleh Pegawai JAIPP.
Isu surat tersebut adalah remeh dan ada
suatu lagi isu yang lebih besar, barangkali seakan didiamkan oleh
para agamawan parti Islam itu sendiri.
Mungkin juga mereka tak akan
mementingkan sekolah mereka sahaja, jika mereka melihat keperluan
mendesak dari segi dana di enam “sekolah pondok” yang menerima
sumbangan Bantuan SAR buat julung-julung kalinya pada tahun ini.
“Pondok Ustaz Tajuddin” atau nama
sebenarnya Al-Mujmak At-Turath Al-Islami Al-Malizi yang diusahakan
oleh Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Tuan Guru Tajuddin Abu Bakar menerima sumbangan Bantuan SAR berjumlah RM15,000 pada tahun ini.
Pondok Tuan Guru Haji Yusoff dekat
Sungai Bakap, Pondok Faqiah Daimiah dekat Permatang Pauh, Pondok
Manabiul Ulum dekat Kubang Semang, Maahad Ihya Ulumiddin dekat
Mengkuang Titi serta Madrasah Darul Muhajirin dekat Tasek Gelugor
masing-masing turut menerima sumbangan RM15,000.
Daripada keseluruhan Bantuan SAR
berjumlah RM1.75 juta, Bahagian Pendidikan JAIPP mengagihkan
sumbangan RM90,000 untuk enam “sekolah pondok” tersebut.
Jika wujud 'tangan ghaib' seperti
dituduh Ustaz Fauzi yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, “Pondok
Ustaz Tajuddin” secara logiknya patut tidak dapat peruntukan sebab
Tuan Guru Ustaz Tajuddin Abu Bakar adalah Ketua Ulamak PAS Negeri.
Sebagai rekod, SRIA yang didaftarkan
pada 1 Jun 2013 menerima sumbangan Bantuan SAR sebanyak RM50,000 pada
tahun 2013, dan RM61,500 pada tahun 2014.
Bagaimana pula dengan status RM7,200
sumbangan Bantuan SAR 2015 kepada Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran
As-Syamil (AQSA) bagi tahun ini, sungguhpun diasaskan oleh Ketua
Penerangan PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah sekarang?
Sebenarnya Sekolah Rendah Islam Bahrul
Ulum (SRIBU) yang pernah diusahakan oleh Ustaz Yusni sendiri tidak
menerima sumbangan Bantuan SAR bagi tahun ini sahaja, kerana ada
sekolah-sekolah agama lain yang dinilai lebih utama serta ada
keperluan mendesak untuk diberi sumbangan itu.
Sebagai rekod, SRIBU sejak tahun 2010
hingga tahun 2014 telahpun menerima sumbangan Bantuan SAR sebanyak
RM276,500.
Mengikut pecahan tahun, sekolah swasta
itu menerima Sumbangan Bantuan SAR kira-kira RM45,000 pada tahun
2010, RM50,000 (2011), RM50,000 (2012), RM50,000 (2013) dan paling
banyak pada tahun 2014 berjumlah RM81,500.
Gambarannya, agihan sumbangan Bantuan
SAR atas dasar keperluan dan keutamaan, dan bukannya sentimental
politik kepartian yang cuba digambarkan oleh pemimpin tertentu PAS
Pulau Pinang.
Justeru, janganlah sikap mementingkan
sekolah sendiri sampai dalam diri ini tidak nampak bahawa ada
sekolah-sekolah agama rakyat lain lain sebenarnya lebih memerlukan
Sumbangan Bantuan SAR juga.
Jika Mudir SRIA melihat keperluan dana
di enam “Sekolah Pondok”, barangkali mungkin beliau tak
pentingkan sekolahnya sendiri saja.
AMANAH sekali lagi merakamkan
penghargaan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Dato'
Abdul Malik Abul Kassim atas inisiatif Kerajaan Negeri buat pertama
kalinya menyalurkan sumbangan Bantuan SAR kepada enam “Sekolah
Pondok”, kira-kira RM90,000.
Diharapkan, Bajet Hal Ehwal Islam
khususnya peruntukan Bantuan SAR dapat ditingkatkan pada tahun
depan, kerana “Sekolah Pondok” di negeri ini sememangnya
memerlukan sokongan dana daripada Kerajaan Negeri pada masa depan.
Sekian.
ZAINULFAQAR YAACOB
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau
Pinang
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment