Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM -
Konvensyen Islam Rahmatan Lil 'Alamain akan
dianjurkan di peringkat negeri Pulau Pinang pada 6 hingga 8 November
depan, selepas moto dakwah itu diangkat sebagai tema Sambutan Ma'al
Hijrah 1437H/2015M Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Exco
Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim semasa membuat pengumuman itu
memberitahu, pemilihan tema tersebut adalah diilhamkan sendiri oleh
bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim
pada bulan Februari lalu.
“Usaha menyemarakkan
maksud Islam Rahmatan Lil 'Alamin telahpun diilhamkan oleh
mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
diangkatkan di peringkat negeri ini, (disusuli) dengan suatu
'Konvensyen Islam Rahmat Ke Seluruh Alam' diadakan di Kuala Lumpur
pada awal (bulan) Februari lalu.
“Insya Allah, suatu
konvensyen Islam Rahmatan Lil 'Alamin akan
diadakan di Pulau Pinang pada 6, 7 dan 8 November ini, dengan
ucaptama akan disampaikan oleh Mufti Besar Zimbabwe (Sheikh Ismail
ibn Musa Menk),” jelas Abdul Malik pada Majlis Himpunan Ummah yang
dilangsungkan di Dewan Millenium dekat Kepala Batas di sini.
Timbalan
Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dalam ucapannya pula
mengingatkan umat Islam supaya memperkasakan gerakan dakwah dengan
menonjolkan kesederhanaan serta perasaan saling kasih sayang sesama
manusia, ke arah agenda memartabatkan Islam di negeri ini.
“Agenda
memartabatkan Islam di Pulau Pinang adalah agenda Kerajaan Negeri,
maka, gerakan dakwah dengan menitikberatkan aspek wasathiah
(kesederhanaan) dan kasih sayang sesama manusia akan membantu
penghayatan tiap-tiap umat Islam pada maksud Islam Rahmatan
'Lil 'Alamin,” jelas Mohd.
Rashid pada Majlis Himpunan Ummah yang dihadiri lebih 500 hadirin.
Mohd.
Rashid turut merakamkan penghargaan atas kehadiran Yang Dipertua
Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul
Rahman Abbas dengan diiringi isteri, Toh Puan Seri Hajah Majimor
Shariff, menyampaikan ucapantama serta merasmikan majlis sambutan
Ma'al Hijrah kali ini.
Yang di-Pertua Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man,
Dato' Seri Farizan Darus (Setiaushaa Kerajaan Negeri), Sohibus
Samahah Dato' Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (Mufti Pulau Pinang), Y.A.
Dato' Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang) Dato'
Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang) dan Dato' Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang, JAIPP) turut pemimpin Kerajaan Negeri yang hadir pada majlis
sambutan tersebut.
Sementara itu, Pengarah
Pusat Transformasi Insan, Profesor Madya Dato’ Al-Ustaz Haji Ellias
bin Haji Zakaria telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri
Pulau Pinang pada tahun ini.
Ellias, 59, menerima
sehelai jubah berwarna keemasan, medal, trofi, sijil penghargaan
serta wang berjumlah RM8,000.00.
“Anugerah ini saya anggap untuk membentuk perubahan dalam menyumbang bakti dalam melaksanakan tugas-tugas dan menyampaikan dakwah atas prinsip melakukan kerja secara ikhlas kerana Allah S.W.T.
“Saya fikir ini adalah
anugerah berdasarkan sumbangan saya melalui pelbagai institusi atau
sukarela selama ini di samping perkhidmatan di peringkat universiti,
negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang bukan bertujuan untuk
menerima anugerah tetapi semangat 'Saya Sayang USM' yang ada di dalam
diri,” jelas Ellias yang juga mantan Yang di-Pertua MAINPP.
Khadijah Lim binti Abdullah (kiri) diiringi Salmah Mohd. Sobri mempamerkan anugerah yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini. |
“Terima
kasih kepada Kerajaan Negeri...tidak dilupakan adalah IPSI kerana
daripada pertubuhan dakwah itulah yang banyak mengajar saya erti
hidup dalam Islam,” jelas Khadijah, diiringi Pegawai JAIPP, Salmah
Mohd. Sobri.
ABDUL Alim Araby Mohd. Salleh Al-Kahery (kiri) bersama-sama Mohd. Naqi Md. Ali mempamerkan anugerah yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini. |
Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Semilang, Haji Abdul Alim Al-Araby bin Haji Mohd. Salleh Al-Kahery turut melahirkan penghargaan kerana majlisnya dipilih menerima anugerah empat bintang sempena sambutan Ma'al Hijrah 1437H.
“Ini anugerah pertama
yang masjid kita terima antaranya atas kerja-kerja kebajikan yang
kita telah lakukan di peringkat kariah.
“Pada masa depan ini,
kita akan menubuhkan 'Klinik Ummah' di mana kita akan memberi
perkhidmatan kesihatan kepada semua bangsa tidak kira anak Melayu,
anak Cina atau anak India terutama kepada anak-anak kariah kita
secara percuma,” jelas beliau sambil merakamkan penghargaan kepada
Kerajaan Negeri,” jelas Abdul Alim diiringi Setiausaha Kariah,
Mohd. Naqi Md. Ali.
No comments:
Post a Comment