GAMBAR Lim Guan Eng (kiri) diambil aduan oleh ASP Jamaluddin Ismail dari luar bilik mesyuarat Pejabat Ketua Menteri di sini, petang tadi. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap dalang yang menyebarkan fitnah mengenai isu larangan azan di negeri ini menerusi suatu twitter palsu atas namanya segera ditangkap oleh polis.
Guan Eng berkata demikian selepas membuat aduan, dan keterangan diambil oleh ASP Jamaluddin Ismail, Pegawai Penyiasat dari IPD Timur Laut.
Semalam, Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut membuat aduan polis.
Kicauan twitter palsu itu berbunyi, "Larangan pembesar suara di Masjid & Surau dlm. P.Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila keluar!"
GAMBAR twitter palsu yang mengfitnah Lim Guan Eng. |
No comments:
Post a Comment