13 September 2015

Usul Fiqh: Dalalah...

DALALAH
Dalalah atau "petunjuk pada makna yang dikehendaki" merupakan antara topik yang diperbincangkan dalam disiplin ilmu usul fiqh.

Umumnya metodologi ulamak Hanafi ada sedikit perbezaan dengan Jumhur Ulamak Mutakallimin selainnya.

Antaranya, ulamak Hanafi membahagikan lafaz kepada empat bahagian (baca: meliputi sumber-sumber disepakati), iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Qiyas dan Ijmak.

Maka, dibincangkan Ibarat  An-Nas, Isyarat An-Nas, Dalalah Al-Nas dan Iqtida' Al-Nas di kalangan ulamak Hanafi.

Jumhur ulamak Mutakallimin pula membahagikan lafaz ini kepada dua bahagian, iaitu Mantuq (baca: hukum yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri) dan Mafhum (hukum yang tidak ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri, tetapi dalalah  diambil daripada pemahaman terhadap ucapan lafaz tersebut.

Kesimpulannya, jangan menghukum umat Islam berdasarkan pada zahir nas semata-mata, kerana lafaz literal barangkali  membawa pada dalalah  sebaliknya.

Wallahu' alam.

#Ulangkaji #UsulFiqh

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus