DALALAH AM
Jumhur ulamak mengatakan lafaz am berfungsi untuk semua makna yang berkaitan dengannya, kecuali apabila ada dalil yang mengkhususkannya atau mengeluarkannya daripada makna umum.
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ
Maksud:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu..."
[Surat An-Nisa': 11]
Ayat ini bersifat umum, sekaligus difahami oleh para Sahabat R.A.hum bahawa anak-anak Rasulullah S.A.W juga berhak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh baginda S.A.W.
Namun, Namun Saidina Abu Bakar As-Siddiq memberitahu mengenai suatu sabda Rasulullah S.A.W:
ما تركناه صدقة
Maksud:
"Apa-apa yang ditinggalkannya (daripada harta itu) adalah menjadi sedekah..."
[Hadith Riwayat Al-Bazzar, sahih]
Maka dalil daripada As-Sunnah ini mengeluarkan hak anak-anak perempuan Rasulullah S.A.W daripada lafaz am ayat 14 daripada Surah An-Nisa' tersebut.
Kesimpulannya, berhukum berdasarkan satu-satu dalil adalah tidak memadai melainkan perlu melihat dalil-dalil berkaitannya.
Metodologi Istiqra' Maknawi yang gigih dipopularkan oleh guru kami, Ustaz Wan Ji Wan Hussin adalah salah satu pendekatan terbaik dalam memberikan justifikasi hukum pada satu-satu isu berbangkit.
Wallahu 'alam.
#Ulangkaji #UsulFiqh
No comments:
Post a Comment