02 September 2015

Siar fitnah di muka depan akhbar, KM saman Utusan lagi

KETUA Menteri Pulau Pinang menunjukkan muka depan akhbar Utusan bertarikh 2 September 2015 yang didakwa berniat jahat kepadanya, dalam sidang media di sini pada tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Utusan Malaysia sekali lagi akan berdepan saman fitnah gara-gara mengaitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng dengan beberapa tindakan memalukan pada perhimpunan aman BERSIH 4.0 baru-baru ini pada muka depan akhbar arus perdana bertarikh 2 September itu.

“Semua tahu bahawa saya bukanlah penganjur, dan Pengerusi (BERSIH 4.0) Maria Chin Abdullah kata pihaknya tidak bertanggungjawab pada aktiviti-aktiviti (yang memalukan) ini. 

“Keputusan membuat fitnah jahat ini saya tidak akan membiarkan begitu sahaja, saya akan minta peguam saya untuk hantar surat saman kepada Utusan.

“Sekali lagi utusan cari pasal,” kata Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) turut hadir pada sidang media tersebut.

Dalam akhbar bertarikh 2 September, Utusan antara lain mengaitkan Guan Eng secara tidak langsung dengan gambar mempromosi LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender) dan seks songsang pada himpunan aman BERSIH 4.0 selama dua hari mulai 29 Ogos di ibunegara.

Terdahulu, Guan Eng pernah mengfailkan saman ke atas Utusan Malaysia gara-gara menyiarkan laporan “Kebiadaban Guan Eng” pada 14 Mac 2008 dan berita “DEB: Guan Eng tetap berdegil” pada 15 Mac 2008.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus