SHAHUL Hameed Syed Mohammed (berdiri) menyantuni Ketua Menteri di meja tetamu kehormat utama pada Majlis Perasmian Pembukaan Semula Astaka Selera Kota di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
PADANG KOTA -
Astaka Kota Selera dekat Padang Kota Lama kini dinaiktaraf selepas
kira-kira 37 tahun beroperasi serta menjadi salah satu destinasi
pelancongan makanan di negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Ewein
Berhad serta anak syarikatnya, The Esplanade Park Sdn. Bhd. kerana
menyumbang RM500,000 di bawah program tanggungjawab sosial korporat
(CSR).
“Sumbangan SCR yang
disampaikan oleh Dato' Ewe (Swee Keng, Pengarah Urusan Kumpulan Ewein
Berhad) ini menyerlahkan sokongan sektor korporat pada perubahan yang
sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
“Kita (Kerajaan Negeri)
berharap lebih ramai pihak tampil bersama-sama Kerajaan Negeri
melakukan perubahan yang lebih baik untuk keselesaan mutu hidup
rakyat di negeri ini,” jelas Guan Eng pada majlis perasmian
pembukaan semula astaka makanan tersebut di sini baru-baru ini.
Guan Eng yang juga Exco
Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan &
Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam selepas itu turut
menyempurnakan majlis menandatangani plak, serta menanam beberapa
anak pokok hankerchief tree
di perkaraan pintu masuk utama ke astaka tersebut.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow turut berucap pada
majlis tersebut.
Timbalan Ketua Menteri I,
Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Danny Law Heng Kiang (Exco Pembangunan
Pelancongan), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama
Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Chong Eng
(Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat), Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong), Teh Lai Heng (ADUN
Komtar) dan Lim Siew Khim turut antara pemimpin Kerajaan Negeri yang
hadir pada majlis itu.
Hadir sama, Timbalan
Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri, Dato' Abu Jamal Nordin,
Dato' Patahiyah Ismail (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
MBPP), Dato' Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli (Pengerusi Zanith Berhad),
Woo Choo (Konsulat Jeneral China ke Pulau Pinang) dan Shahul Hameed
Syed Mohammed (Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Astaka
Kota Selara Padang Kota Lama).
Tarian 'Overtura', iaitu
gabungan tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India oleh anggota Majlis
Kebudayaan Negeri merupakan antara persembahan pentas yang menarik
pada majlis tersebut.
Semua tetamu turut
disajikan pelbagai juadah terkenal seperti mee sotong, coconut
shake dan pasembur.
Astaka
Kota Selara dekat Padang Kota Lama selepas penarafan akan dibuka
mulai jam 11.00 pagi dan tutup lewat jam 8.00 malam.
No comments:
Post a Comment