CONTOH houseboat dalam industri pelancongan rumah inap di atas sungai dekat Kerala, India. | Foto: Internet |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
PENANTI -
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin
mahu menjadikan Kampung Terus dengan sungai yang indah di sini
sebagai hub industri pelancongan berasaskan rumah inap atas perahu
kecil, sebagaimana terkenal di daerah Kerala dekat India.
Karnival Rumah Inap
Penanti akan dilaksanakan pada 28 November yang turut meliputi
kawasan sungai Kampung Tun Sardon dan Kampung Mengkuang Titi di sini,
adalah suatu Long Range Planning,
iaitu satu perancangan untuk melengkapkan satu perancangan lain ke
arah impian yang disebut oleh Norlala.
“Jeti
ini dalam satu-satu masa boleh memuatkan 30 bot kecil, pengunjung
yang menyertai karnival ini nanti antaranya berpeluang menikmati
keindahan flora dan fauna dari Kampung Terus di sini hingga ke HutanPelajaran Air Hitam (dekat Tasek Gelugor).
“Sebenarnya
sungai ini adalah backwater (bahagian
sungai yang airnya tidak mengalir), sebab itu kandungan miniralnya
sangat tinggi dan begitu selamat untuk aktiviti pelancongan.
“Kalau
boleh, dibangunkan industri rumah inap terapung sebab di Pulau Pinang
memang tiada lagi houseboat,
macam industri pelancongan ala-ala Kerala, yang mana rumah inap di
atas bot-bot kecil terapung di atas sungai ini,” jelas Norlela
kepada wartawan, selepas melawat projek pemajuan jeti Kampung Terus
yang hampir siap sepenuhnya di sini baru-baru ini.
Hadir
sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan
Kesihatan merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, Ahli
Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizan Wan Ismail dan
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md.
Ghazali.
“Walaupun
aktiviti nelayan di jeti ini tidak sepenuh masa, tetapi, keindahan
sungai dan Kampung Terus di sini sangat berpotensi untuk aktiviti
pelancongan, macam magical land
sebenarnya bagi mereka yang kali pertama datang ke sini,” jelas
Norlela lagi.
Norlela
memberitahu bahawa projek mega industri rumah inap atas bot-bot kecil
terapung di sungai backwater
tersebut telahpun dibentangkan kepada Jawatankuasa Mesyuarat Tetap
Pembangunan Pelancongan Negeri, Jabatan Perhutanan, serta
agensi-agensi persekutuan berwajib, dan kini dalam proses menunggu
kelulusan peruntukan serta pelaksanaan lanjut.
No comments:
Post a Comment