20 September 2015

Kaedah Fiqhiyyah: Kepastian tidak boleh dibatalkan dengan keraguan

Kaedah Fiqhiyyah  (قواعد الفقية):
PECAHAN-PECAHAN DARIPADA KAEDAH "KEPASTIAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN KERAGUAN" (اليقين لا يزال بالشك) 

1. Pengetahuan yang didasarkan  pada kepastian perlu dibezakan dengan pengetahuan nyata yang didasarkan hanya pada kemungkinan.

يفرق بين العلم اذا ثبت ظاهرا و بينه اذا ثبت يقنا

Contoh:
Apabila satu-satu ketetapan diputuskan secara pasti di mahkamah, nampak hakim itu kemudianya  ragu-ragu dengan ketetapan asal yang diputuskan tadi, maka tidak perlu diputuskan semula kerana keputusan sebelum itu telah jelas ditetapkannya. 

2. Segala sesuatu itu pada asalnya bebas daripada kesalahan

الأصل في براءة الزمه

Contoh:
Calon PKR di Terengganu PRU13 lalu kekal tidak bersalahan atas dakwaan mengedar pil kuda sehinggalah penuduh membuktikannya bersalah.

3. Segala sesuatu itu kekal bertahan sehinggalah ada perubahan

الأصل بقاء ما كان على ما كان 

Contoh:
Seseorang kekal berwuduk sungguhpun wujud ragu-ragu terkentut. Tetapi, jika seseorang ragu-ragu berwuduk atau sebaliknya, dia kekal tidak berwuduk.

4. Segala sesuatu itu pada dasarnya diharuskan

الأصل في الشيء الإبهة 

Contoh:
Penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam konteks Malaysia kerana tiada nas yang sahih lagi soreh melarang penubuhan parti Islam kedua di tanah air ini.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W, "Apa-apa yang Allah halalkan adalah halal, dan apapun yang ia jadikan haram maka adalah haram, dan apapun yang tidak disebut-Nya adalah dimaafkan."

5. Asal kemaluan perempuan adalah haram

الأصل في الإبداع التحريم 

Contoh:
Asal semua faraj semua perempuan adalah haram disentuh hatta disetubuhi, sehingga dihalalkan melalui pernikahan sahaja. Maka, tidak boleh meneruskan aktiviti berjimak dengan bekas isteri yang telahpun sah diceraikan.

 Wallahu 'alam.

#Ulangkaji #UsulFiqh

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus