Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PINANG TUNGGAL - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng petang tadi menyampaikan RM1,000 sumbangan kepada keluarga mangsa kes pecah rumah di Kampung Padang Cempedak dekat Tasek Gelugor baru-baru ini.
Beliau berharap sekumpulan perompak yang menyebabkan kematian mengejut Allahyarham Samsudin Bakar, 67, akibat serangan jantung segera ditangkap oleh polis.
"Saya akan berbincang dengan Ketua Polis Negara (Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi), saya harap perompak-perompak yang masih tidak dapat dipastikan lagi segera ditangkap, dan dibawa ke muka pengadilan," jelas Guan Eng semasa melawan rumah mangsa terbabit.
Guan Eng menyampaikan sumbangan biasa itu kepada balu Allahyarham, Robiah Hasan, 63, ditemani dua anak lelakinya, Rusdi Samsudin, 42, dan Robisyam Samsudin, 40.
Hadir sama, Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Zahar Zainul serta dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Tarmizi Abdullah dan Mohd. Shaipol Ismail.
Rabu lalu, sekitar jam 3.30 pagi, sekumpulan perompak memecah masuk rumah tersebut melalui tingkap dan pintu, lalu, mengikat Allahyarham, Robiah dan anak perempuannya, Rafizah Samsudin.
Rusdi dan Robisyam tiada di rumah semasa kejadian.
Kira-kira RM10,000 antaranya duit membeli lembu untuk Hari Raya Aidiladha, segugus kunci serta beberapa geran kenderaan dirompak dalam kes pecah rumah tersebut.
12 September 2015
Guan Eng sumbang RM1,000 kepada keluarga mangsa kes pecah rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment