LAKARAN grafik fasa kelima pemajuan projek “Kelahiran Semula Sia Boey” menonjolkan gambaran Terusan Prangin yang kembali dipulihara di sini kelak. |
SUASANA pengunjung pameran awam mengenai Sia Boey di bangunan asal 'Pasar Prangin' di sini baru-baru ini. | Foto: Law Suun Ting. |
GEORGE TOWN -
Tapak pasar lama yang dikenali sebagai 'Sia Boey' berhampiran Komtar
akan dibangunkan semula sebagai Tapak Warisan Seni Pulau Pinang,
dengan kos pembiayaan beberapa pihak berjumlah RM100 juta, dan
dijangka menjana pulangan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira
RM500 juta kelak.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, kelahiran semula Sia Boey secara komersial
diharap mampu berkembang maju seperti Southbank Centre di tebing selatan Sungai Thames,
London.
Difahamkan, Royal
Festival Hall, Queen Elizabeth Hall, Purcell Room, Hayward Gallery
dan Saison Poetry
Library antara lokasi temasya terkenal
yang menghidupkan Southbank Centre,
dengan kehadirian beribu-ribu pemuzik, penari dan seniman
terkemuka sejak kewujudan kota budaya tersebut pada tahun 1951, dan terus menggamit jutaan pengunjung ke
daerah tersebut hingga kini.
“Ada banyak negara
telahpun memanfaatkan seni, antaranya, Southbank (Centre)
dekat London (iaitu) suatu pusat seni dan lukisan yang akhirnya
dapat memulihkan suatu kawasan yang dianggap terbengkalai.
“Kita tentu
mengharapkan usaha sedemikian (seperti di Southbank Centre)
mengulangi atau membolehkan pencapaian kemajuan ini berlaku,” jelas
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan
Islam pada Majlis Pelancaran “Kelahiran Semula Sia Boey” di sini
baru-baru ini.
LEBIH 2,000 pengunjung menyaksikan persembahan koir bertaraf antarabangsa pada tahun 2012, kendalian artis terkenal Bryn Terfel di Southbank Centre berhampiran Sungai Thames di London. |
GAMBAR mural unit yang dilihat menarik seakan memberi nafas baru pada bangunan-bangunan lama di Southbank Centre dekat London, hingga dipercayai terus menggamit pengunjung ke sana hingga kini. |
Guan
Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih
memberitahu, Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian dengan pihak
penaja, Ilham Penang, yang dijangka menelan belanja sebanyak RM30
juta.
Difahamkan,
projek pemajuan di atas tanah seluas 5.5 ekar, termasuk sebuah hotel
dan sebuah muzium seni rakyat yang dibiayai secara persendirian oleh
Ilham Penang.
Selain
muzium seni rakyat, rumah tradisional yang dipulihara semula akan
menghidupkan semula kenangan 'Sia Boey', bersama-sama pembangunan
lain seperti galeri seni, sekolah studio, bengkel kerja, restoran dan
kafetaria.
Keseluruhan
pembangunan semula dijangka siap pada tahun 2018.
“Sempena
pelancaran Sia Boey, kita akan meraikan masa lalu, masa kini dan masa
depan dengan pameran dibuka kepada orang ramai di Pasar Prangin mulai
6 hingga 13 September 2015.
“Datang
dan lihat bagaimana Sia Boey akan mengubah Pulau Pinang sebagai
destinasi seni utama bagi pelukis dan pencinta seni, bukan sahaja
(memberi manfaat kepada) penduduk tempatan, malah pelacong Malaysia
hatta dari Asia Tenggara,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen
Bagan.
Beliau
turut berharap Terusan Prangin, yang menjadi wujud di sini serta
dilihat sebahagian daripada identiti Sia Boey turut dapat dipulihara
semula, untuk dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang serta pelancong ke
negeri ini.
Sia
Boey yang membawa maksud “Penghujung Kota” adalah sebuah pasar
komuniti Cina yang terkenal di tengah-tengah kota George Town.
Sebelum
pertengahan kurun ke-19, kawasan sekitarnya masih belum dimajukan lagi
dan Terusan Prangin yang menjadi laluan kapal pedagang masih boleh
dilihat oleh komuniti setempat yang mendiami perkampungan Cina dengan
rumah-rumah masih berbumbung atap.
No comments:
Post a Comment