Seorang pengunjung kelihatan asyik menyaksikan koleksi gambar-gambar menarik dalam suatu 'pameran jalanan' di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
BAGAN DALAM -
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berharap penganjuran Festival
Pinggir Butterwoth (BFF) pada 15 dan 16 Ogos lalu di sekitar Jalan
Jeti Lama di sini turut akan memberi manfaat berganda pada bahagian
Seberang Perai, sungguhpun kebanyakan sub-program Festival George
Town selama sebulan dilangsungkan di bahagian pulau.
“GTF atau Butterworth
Fringe Festival 2015 diharap
dapat dijadikan satu produk yang mempunyai multiplier
effect bagi kawasan Butterworth
khasnya, dan Seberang Perai secara umumnya.
“Dengan
adanya BFF ini, dapat menjadikan Butterworth sebagai satu bandar yang
bercorak kreatif dan inovatif,” ujar Guan Eng yang juga Ahli
Parlimen Bagan pada Pada Majlis Pembukaan BFF 2015 di sini baru-baru
ini.
ISAAC Hou (kiri) mempersembah tarian akrobatik unik, disaksikan oleh Ketua Menteri (paling kanan), Maimunah Mohd. Sharif (dua dari kiri) dan Rozali Mohamud (tiga dari kiri) di sini baru-baru ini. |
Sebelum
itu, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato'
Maimunah Mohd. Sharif merakamkan penghargaan kepada penganjur
Festival George Town 2015, Joe Sidek kerana berjaya membawa kelainan
dalam BFF, yang didakwa mampu membantuk aspek pelancongan desa yang
giat dipopularkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
“(BFF)
akan membawa kelainan dari segi konsep persembahan, iaitu 'projek
jalanan' yang mana merupakan kesinambungan daripada Festival George
Town yang berlangsung di George Town,” jelas beliau.
KETUA Menteri diiringi oleh para pemimpin Kerajaan Negeri lain turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan sebuah model klasik vespa di sini baru-baru ini. |
Timbalan Ketua Menteri I, Prof. P. Ramasamy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), A. Thanasekharan (ADUN Bagan Dalam), Dato' Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) turut hadir pada majlis tersebut.
Hadir
sama, Pengarah Eksekutif Tink City Sdn. Bhd., Hamdan Abdul Majeed dan
ketua operasinya, Dr. Neil Khor.
'Viva
La Vespa', iaitu
pameran koleksi motosikal moden dan klasik jenis vespa, tarian
akrobatik unik oleh Isaac Hou, persembahan papet 'Bunraku' yang
diterbangkan dari Jepun, serta pameran jalanan mengenai perkembangan
perbandaran Butterworth lampau antara 15 sub program yang menarik
sepanjang dua hari berlangsungnya festival tersebut.
George
Town Festival saban tahun diadakan di negeri ini sejak tahun
2010, dengan temasya kebudayaan tempatan dan antarabangsa seumpama
Butterworth Fringe Festival 2015 buat julung kalinya diadakan
di bahagian Seberang Perai.
No comments:
Post a Comment