|
WARIS dan penerima RM1,000 Sumbangan Bantuan Siswa Daftar Masuk Ke Universiti Awam dari KADUN Penaga merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri di Dewan Ng Yam Huat di sini, pagi tadi. |
|
MAKTAR Shapee (kiri) diminta memimpin bacaan Surah Al-Fatihah, apabila Lim Guan Eng menangguhkan ucapannnya untuk tafakur seketika atas rasa sedih dengan insiden di Masjidil Haram, Makkah. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PADANG LALANG - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi ini merakamkan ucapan takziah kepada jemaah Haji yang terlibat dalam kemalangan tren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.
Beliau mengajak semua waris serta 582 orang menerima RM1,000 Sumbangan Bantuan Siswa Daftar Masuk Universiti Awam Peringkat Seberang Perai supaya bertafakur seketika atas kejadian mengejutkan itu, dengan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato' Maktar Shapee dimohon memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.
"Saya dan kita semua di sini tentu juga terkejut dan sedih atas kemalangan yang berlaku di Makkah.
"Marilah kita bertafakur seketika dan saya minta Ustaz Maktar Shapee membacakan Al-Fatihah kepada ahli keluarga yang terkorban atau tercedera, jelas Guan Eng di Dewan Ng Yam Huat di sini.
Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) dan Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) turut sertai majlis sumbangan tersebut.
Dilaporkan, enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 lain mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.
No comments:
Post a Comment