02 September 2015

Filem P. Ramlee seakan mengisahkan kepincangan tanah air hari ini – Zairil Khir Johari

(Dari kanan) ADRIAN Lee, "Faisal Tehrani" dan Khairudin Aljuneid serta seorang lagi panelis lain di pentas Forum Citra Agama Dalam Seni P. Ramlee di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kritikan sosial dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang dihasilkan oleh Seniman Agung Negara Tan Sri P. Ramli pada tahun 1961 bukan sahaja relevan, bahkan seakan mengisahkan kepincangan tanah air sekarang.

ZAIRIL Khir Johari
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institude (PI), Zairil Khir Johari berkata, beberapa adegan dalam filem tersebut seolah-olah mengkritik isu RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kononnya derma daripada pihak tertentu.

Katanya, langkah Najib menolak tanda tanya rakyat mengenai isu berbangkit belakangan ini, samalah seperti sikap Ali Baba lakonan Allahyarham Datuk Abdul Aziz Satar menolak pelbagai persoalan daripada isterinya, mengenai wang emas yang dibawa pulang ke rumah, dalam filem tersebut.

“Adegan mungkin serupa seperti dalam filem itu, tetapi dialognya mungkin berbeza sendikit...'oh, banyaknya duit ini, daripada mana kekanda curi?'...'kekanda bukan curi, kawan kanda derma lah'.”

“Karya Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja relevan sepanjang zaman, tetapi sarat dengan nilai serta kritikan sosial yang sangat tajam,” kata Zairil Khir Johari yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera semasa menyampaikan ucapan perasmian Forum Citra Agama Dalam Seni Tan Sri P. Ramlee di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Penang Institude (PI) tiap-tiap tahun menganjurkan Festival P. Ramlee dengan mengadakan forum-forum seumpama ini, kerana menganggap hasil karya seniman berkenaan sangat memberi inspirasi serta membina jatidiri warga Pulau Pinang.

“P. Ramlee adalah seniman agung yang mendahului zamannya, dengan tema-tema agama di awal perkembangan industri filem di Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) amat jarang sekali disentuh oleh pembikin-pembikin filem sezaman yang lain.

“Namun, P. Ramlee telah mengambil langkah yang lebih ke depan.

“Beliau (P. Ramlee) mampu melihat kelebihan dan keunikan agama dalam menggerakkan masyarakatnya kemudian digarap dalam filem hingga membina jatidiri kita pada hari ini,” jelas beliau lagi.

Forum tersebut menampilkan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Adrian Lee, Mohd. Faizal Musa atau “Faisal Tehrani” (Novelis dan Fellow Penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM) dan Prof Madya Dr. Khairudin Aljenied (Profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore) dan seorang ahli fonik profesional.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus