Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN -
Cabaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di
semua kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak disambut
dengan rasa rendah diri oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan.
“Dalam sistem
demoktrasi, mana-mana parti berhak untuk bertanding.
“Sekiranya PAS nak
bertanding di Kawasan (yang diwakili) DAP, saya mula dengan menjemput
mereka bertanding di kawasan saya di Air Putih dengan rasa rendah
diri.
“(Ini) kerana, kita
mahu merayu sokongan daripada majoriti rakyat berdasarkan prestasi
yang dicapai oleh Kerajaan Negeri,” jelas Guan Eng yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Setiausaha Agung DAP
kepada wartawan di sini petang tadi.
Timbalan Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) turut sertai sidang media tersebut.
Timbalan Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) turut sertai sidang media tersebut.
Guan Eng berkata, beliau
yakin bahawa rakyat di negeri ini akan kekal menyokong wakil rakyat
DAP berdasarkan kemampuan Kerajaan Negeri hari ini melaksanakan
tadbir urus telus.
Lagipun katanya, Kerajaan
Negeri hari ini sejak tahun 2008 hingga 2014 berjaya merekodkan
lebihan kewangan tiap-tiap tahun, tidak seperti negeri tertentu yang
dikuasai oleh PAS.
Surplas di bawah
pentadbiran Guan Eng dalam tempoh 2008 hingga 2013 direkodkan
berjumlah RM453 juta, berbanding RM370 juta lebihan kewangan yang
direkodkan dalam tempoh enam tahun sebelumnya di bawah Kerajaan
Negeri era Barisan Nasional dulu.
Manakala, pelaburan ke
Pulau Pinang dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2014 pun masih
menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus menjadi RM48,211 juta,
berbanding angka RM24,932 juta yang direkodkan dalam tempoh sama
sebelum tahun 2008.
“Pulau Pinang bukan
'negeri bankrap' macam negeri-negeri tertentu, ini saya rasa adalah
sesuatu yang akan dinilai oleh rakyat.
“Sama ada mereka (PAS)
benar-benar nak berlawan (tanding di kawasan DAP) ataupun kacau daun,
untuk memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional, saya rasa rakyat
akan dapat menilai.
“Kita (DAP) tidak akan
ambil mudah dengan cabaran PAS ini, menang tidak ada jaminan menang,
maka, kita (DAP) akan berusaha untuk memenangi setiap undi,” ujar
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Dalam perkembangan
berikatan, Guan Eng turut mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar
Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali yang
menjemput PAS turut menyertai usaha parti itu bersama-sama DAP dan
Parti Amanah Negara (kini masih dikenali sebagai Pertubuhan
Pekerja-Pekerja Malaysia) dalam menubuhkan pakatan pembangkang baru
ala-ala “Pakatan Rakyat” tidak lama lagi.
“PAS akan menentang
DAP...maka penyertaannya (dalam Pakatan Rakyat) sudah pasti tidak
bersesuaian.
“Jika ia menentang Umno
seperti DAP, maka ia tidak akan mengumumkan untuk bertanding
menentang DAP.
“Dia sudah mengubah
posisinya dengan tidak lagi menjadikan Umno Barisan Nasional sebagai
musuh politiknya, DAP sekarang telah menjadi musuh politiknya.
“Skandal dan
'sumbangan' RM2.6 bilion (ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak) pun bukan lagi menjadi isu utamanya, tetapi
kami (DAP) masih menjadi isu utamanya (PAS).
“Kita buat pendirian
sangat jelas di Selangor, saya fikir isu (jemputan PAS sertai Pakatan
Rakyat 2.0) itu harus ditanya kembali kepada Azmin, terutamanya
apabila PAS telahpun membuat pengumuman mereka (untuk menentang DAP
pada PRU14 nanti),” jelas Guan Eng lagi.
Pilihan Raya Umum Ke-13
pada 5 Mei 2013 lalu menyaksikan DAP menang di kesemua tujuh kawasan
Parlimen dan 19 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang
ditandinginya di negeri ini.
Manakala, PAS mengekalkan
kemenangan di DUN Permatang Pasir, sungguhpun bertanding di dua
parlimen dan enam KADUN.
No comments:
Post a Comment