24 September 2015
Babi, anjing, lembu dan sensitiviti agama di Aidiladha...
BAYANGKAN JIKA SEMBELIHAN LEMBU DI AIDILADHA PULA GAMIT SENSITIVITI HINDU...
"Pesta Arak #Octoberfest secara terbuka tak hormat sensitiviti umat Islam," kata seorang avatar mesra PAS di Facebook.
Sesetengah orang Malaysia sensitif mungkin kerana tiada toleransi antara agama dan budaya.
Sedangkan, Islam dalam hal keagamaan sekalipun begitu toleransi - "Tiada paksaan dalam agama..."
Arak haram seperti babi, tetapi orang Melayu tak pernah sensitif pun apabila non-Muslim menghidangkan babi golek pada temasya-temasya kebudayaan mereka.
Patut sensitif dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang minum arak sebab Islam terang-terang mengharamkannya.
SENSITIVITI BUKAN SUMBER HUKUM
Sumber hukum syarak yang qat'i adalah al-Quran dan As-Sunnah.
Ijmak dan Qiyas adalah sumber hukum yang dzonni.
Sensitiviti bukanlah sumber hukum syarak yang disepakati, tetapi umat Islam di tanah air ini begitu sensitif kerana tiada toleransi.
Maka, haram makan babi ke atas umat Islam tidaklah boleh sampai menafikan hak non-Muslim untuk memakan babi.
Begitu jugalah dengan arak yang diharamkan ke atas umat Islam, tidaklah boleh menafikan hak bukan Islam untuk meminum arak.
Orang Islam ada haknya untuk ditoleransi oleh non-Muslim.
Begitu juga hak non-Muslim untuk ditoleransi oleh Muslim.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Berikanlah setiap yang mempunyai hak akan haknya" [Sahih Bukhari: 5674]
"Ketahuilah, barangsiapa yang menzalimi orang bukan islam [zimmi atau ada ikatan keamanan] atau mengurangkan hak mereka, atau menanggungkannya luar daripada kemampuan, atau mengambil daripadanya sesuatu dengan tidak secara baik, maka Aku [Nabi SAW] akan menjadi penghujjahnya pada hari kiamat" [Abu Daud : 2654]
Gambaran, status mukalaf dan non-Muslim harus diambil kira, dan jangan sensitif sampai menafikan hak masing-masing.
GERAKAN ANTI ARAK MURAH DI PULAU PINANG
Gerakan ini pasti ramai yang tak tahu.
Kalau tahu pun, pasti tak tahu bawa pemimpin muda non-Muslim daripada DAP, iaitu P. David Marshel dan Satees Muniandy antara penggeraknya.
Lebih 23,000 tandatangan sokongan telah dikutip demi mengharamkan terus penjualan arak murah di tempat terbuka.
"Kesedaran (bahaya arak murah) ini memang ada dalam masyarakat kita, tanpa mengira kaum atau agama.
“Saya memang tidak minum arak kerana saya tahu kemudaratannya lebih besar berbanding manfaatnya.
“Arak murah lebih besar mudarat kerana mengandungi 20 hingga 42 peratus alkohol dan lebih bahaya daripada arak biasa.
“Sebotol 150 mililiter arak murah berharga RM1.50 sahaja di tempat-tempat awam, lebih murah daripada sebobol air miniral di stesen minyak yang berharga RM2.
“Bayangkan betapa mudahnya orang-orang miskin atau mereka daripada keluarga berpendapatan rendah terjebak dengan masa ini.
"Daripada 369 premis menjual arak murah (likuor) yang diberikan lesen, lebih 250 adalah di pasar raya dan kedai runcit, bayangkan betapa mudahnya minuman tidak sihat ini boleh dibeli di negeri ini sendiri,” jelas David Marshel," kata David Marshel yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Ini sisi pandangan lain daripada seorang pemimpin muda DAP di Pulau Pinang.
Ini logik dan bukan sensitiviti macam sesetengah orang Malaysia.
Logik pengharaman arak dalam Islam demi memelihara kesihatan manusia.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Nabi Muhammad S.A.W) tentang khamar (arak) dan judi, katakanlah (kepada mereka): pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya'." [Surah al-Baqarah 2:219]
Kalau ada toleransi dalam agama, kita tak mudah menghukum orang yang minum arak secara terbuka sebagai penghinaan kepada mana-mana agama.
Kempen nilai perlu dilakukan untuk memujuk rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa arak, dengan meletakkan Kempen Anti Arak Murah sebagai langkah permulaan ke arah itu.
DUNIA SEKULAR
Di negara-negara sekular yang rakyatnya majoriti bukan Islam sendiri pun, sebenarnya amalan meminum arak sangat dikawal.
Sebagai contoh di UK, arak tak dijual di stesen minyak sebab membahayakan pemandu.
Di Switzealand, arak dijual secara ketat dalam premis kerajaan sahaja untuk elak budaya alkoholisme.
Di Findland, arak dijual dan mesti diminum dalam bar sehingga jam 3 petang tempatan sahaja untuk kekalkan keharmonian keluarga. (Ini antara dapatan yang saya dapat dari rakan-rakan FB sebelum ini.)
Dalam konteks Malaysia sepatutnya lebih baik dari itu.
Selepas Kerajaan Selangor berpindah tangan dulu, insiatif Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan kedai 7E supaya tidak menjual arak demi memelihara konsumerisme di kalangan pelajar-pelajar pernah jadi kontroversi.
Semasa itu, Khalid menjelaskan mudharat (keburukan) yang lebih berbanding maslahah (kebaikkan) sehingga diterima oleh mukallaf dan bukan mukallaf (baca: orang bukan Islam).
Akhirnya, tanpa menyebut hal keIslaman secara regid pun, penguatkuasaan boleh dilakukan melalu kerjasama MBSA serta pihak penguatkuasa berwajib yang lain sehingga sekarang.
Penjelasan Khalid ini selari dengan dalalah nas al-Quran (Surah al-Baqarah: 219).
Insiatif Khalid yang juga AJK PAS Pusat ini selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi, "al-hukmu yaduru ma 'ala musamma la 'ala ismi" yang bermaksud, 'kehukuman itu berlegar pada apa (intipati) yang diberikan nama, bukan jenama."
PENGUATKUASAAN
Menurut David Marshel, Akta Eksais 1976 perlu dipinda, untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dalam mengawal aktiviti alkoholisme ini.
"Kastam lebih berpihak kepada sumber pendapatan di atas masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat sekarang ini.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar Akta Eksais 1976, penguatkuasaan hanya boleh dilakukan oleh Kastam.
“Pihak Berkuasa Tempatan memang memberi ulasan mengenai masalah sosial yang berpunca (oleh) arak murah ini, tetapi keputusan muktamad adalah daripada agensi persekutuan, iaitu Kastam dan Lembaga (Hasil Dalam Negeri).
“Mengambil kira semua itu, akhirnya kita memasukkan semua syarat-syarat yang wajar semasa lesen premis dikeluarkan, kerana MPSP mempunyai hak untuk menguatkuasa berdasarkan bidang kuasanya ke atas lesen premis yang dikeluarkan.
“Sebagai contoh, lesen arak dikeluarkan untuk jual mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam, dalam syarat lesen premis kita membenarkan perjualan arak mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam, untuk menghindari mereka yang terbabit meminum arak murah sebelum ke tempat kerja.
“Maksudnya, operasi kedai mulai jam 7.00 pagi, tetapi, proses perjualan mesti mulai jam 10.00 pagi.
“Dalam Akta Eksais tidak disebut jarak secara terperinci antara kedai arak dengan kawasan-kawasan larangan seperti sekolah, dan pergerakan anti arak murah ada mencadangkan sekurang-kurangnya jauh 250 meter dimasukkan sebagai syarat-syarat lesen premis di bawah suatu enakmen di DUN," respons David Marshel.
Orang bukan Islam minum arak bukan sebab menghina agama Islam.
Kalau esok lusa, ibadah sembelihan korban lembu Aidiladha secara terbuka pula dianggap tak hormat sensitiviti agama Hindu, apa nak dikata?
Baik sensitif dengan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, sebab banyak faedahnya untuk agama, bangsa dan negara.
Setuju?
Zainulfaqar Yaacob
Ketua Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang
+60194241583
faqar.blogspot.com
zainulfaqary@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment