Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN - Tema
“Sehati Sejiwa” yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat akhirnya
terpaksa digunapakai di negeri ini, gara-gara ketidakmatangan dua
Menteri mempertikai tema kemerdekaan yang diputuskan oleh Kerajaan
Negeri baru-baru ini.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir
Khalid dan Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hessein
sepatutnya tidak mempolitikkan tema “Bersih, Cekap, Amanah” yang
dipilih melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang sememangnya telah
menggunakan tema yang berlainan daripada sambutan di peringkat
kebangsaan sejak tahun 2010 tanpa sebarang masalah oleh pihak
Kerajaan Persekutuan.
“Sikap menteri ini
adalah satu sikap yang tidak matang dan menyalahguna kuasa mereka
untuk menafikan hak kami untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara
ini.
“Keputusan Angkatan
Tentera Malaysia menarik diri daripada sambutan kali ini akibat akur
dengan desakan Kerajaan Pusat telah menyebabkan Kerajaan Negeri
membuat pertimbangan semula.
“Kerajaan Negeri akan
menggunakan tema yang sama dengan yang telah diumumkan oleh Kerajaan
Pusat,” jelas Guan Eng dalam kenyataan bertulis petang tadi.
Terdahulu, gambar surat
pekeliling Pengarah Pendidikan Negeri, Dato' Osman Hussain yang
melarang guru-guru dan murid-murid menyertai perarakan Hari
Kemerdekaan Peringkat Negeri pada 31 Ogos nanti tersebar melalui
media baru.
Susulan itu, Timbalan
Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy serta Guan Eng dalam dua
kenyataan berasingan mendesak pihak berwajib menarik balik pekeliling
yang didakwa anti patriotosme tersebut.
Mereka menegaskan,
Kerajaan Pusat sepatutnya tidak sensitif dengan perkataan “bersih”
pada tema Hari Merdeka Peringkat Negeri, memandangkan “Bersih Cekap
dan Amanah” pernah digunapakai dalam pentadbiran bekas perdana
menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dulu.
No comments:
Post a Comment