ZULKIFLI Harun menjelaskan mengenai maksud di sebalik logo Simply City Komtar, kepada wartawan di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN -
Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) yang menjadi mercu pentadbiran
Kerajaan Negeri sejak didirikan pada pada 1988 kini sudah mempunyai
logo tersendiri.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, usaha memulihara semula bangunan 65
tingkat dan tertinggi tersebut diharap dapat menggamit perhatian
orang ramai, termasuk pelancong ke negeri ini.
“Untuk memulihkan
Komtar, kami rasakan adalah perlu untuk mercu kebanggaan negeri ini
mempunyai logo tersendiri.
“Logo ini secara
langsung akan dapat menangkap perhatian orang ramai terhadap bangunan
tersebut,” jelas Guan Eng pada kepada wartawan di sini baru-baru
ini.
(Depan, dari kiri) WONG Hon Wai, Sim Tze Tzin, Mohd. Rashid Hasnon, Ketua Menteri dan Zulkifli Harun pada majlis pengumuman logo baru Komtar di sini baru-baru ini. |
Pada sidang media sama,
beliau turut mengumumkan pereka logo Komtar, Zulkifli Harun yang
menenangani pertandingan dengan membawa pulang RM5,000 wang tunai.
Empan finalis daripada
111 peserta yang menghantar 150 rekaan, iaitu Owen OW Chong Boon, Ler
Hui Min dan Nik Mohd. Fadhil Mohamed masing-masing turut diberikan
hadiah saguhati berupada RM500.
“Logo yang terpilih ini
akan dipasang di lima lokasi di sekitar bangunan Komtar tidak lama
lagi,” kata Guan Eng.
Zulkifli dalam
kenyataannya melahirkan rasa bangga kerana dapat menyumbang kepada
negeri kelahirannya.
“Logo ini bertemakan
simply city Komtar, iaitu
merujuk pada tadbir urus Kerajaan Negeri.
“Saya bangga kerana
saya anak jati Pulau Pinang, walaupun sumbangan ini kecil, tetapi
sangat besar dalam diri saya sendiri,” jelas Zulkifli.
Timbalan Ketua Menteri I,
Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada
Ketua Menteri), Steven Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan
Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau
Pinang, PDC) turut hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu, PDC Setia
Urus, agensi Kerajaan Negeri yang menguruskan bangunan Komtar
menganjurkan pertandingan mencipta logo mulai bulan April hingga 5
Mei lepas.
No comments:
Post a Comment