Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN -
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut melahirkan rasa bimbang
dengan berita penutupan operasi kapal Star Cruises di
Pelabuhan Swettenham dalam lingkaran George Town Tapak Warisan Dunia
UNESCO di sini baru-baru-baru ini.
Justeru, beliau menggesa
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah
yang lebih proaktif supaya operasi kapal mewah SuperStar Libra boleh
kembali singgah ke negeri ini.
Tidak cukup dengan itu,
beliau turut berharap kementerian dapat memberi jaminan kepada para
pelabur bahawa beberapa kapal pelancongan mewah lain tidak turut
menutup operasi masing-masing di negeri ini pada masa depan,
sebagaimana Star Cruises.
“Saya berharap pihak
kementerian boleh mengambil langkah-langkah untuk mendapat balik
kapal mewah Star Cruises ini, supaya dapat memberikan peluang
perniagaan dalam industri pelancongan negeri.
“Sehingga sekarang,
kita (Kerajaan Negeri) masih belum melihat apakah langkah-langkah
yang akan dibuat oleh Menteri Pengangkutan untuk memulihkan keadaan
dan menarik balik kapal sebesar Libra, dengan harapan Pulau Pinang
tidak akan kehilangan kapal-kapal lain,” jelas Guan Eng Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Air Putih kepada wartawan.
Katanya, Kerajaan Negeri
tidak berupaya untuk bertindak ke atas pengendali kapal persiaran
milik SuperStar Libra itu, memandangkan ia di bawah bidang kuasa
Kementerian Pengangkutan.
"Kami tidak berdaya dalam hal ini kerana membawa pelayaran tidak berada di bawah (bidang kuasa) kerajaan negeri, tetapi, Putrajaya boleh melakukan lebih banyak perkara untuk menarik semula kapal-kapal pelayaran ke negeri ini, melalui pemberian insentif untuk mengekalkan minat mereka ke negara ini," katanya.
"Kami tidak berdaya dalam hal ini kerana membawa pelayaran tidak berada di bawah (bidang kuasa) kerajaan negeri, tetapi, Putrajaya boleh melakukan lebih banyak perkara untuk menarik semula kapal-kapal pelayaran ke negeri ini, melalui pemberian insentif untuk mengekalkan minat mereka ke negara ini," katanya.
Justeru, katanya,
Kerajaan Pusat diharap tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan
warganegeri ini, memandangkan industri pelancongan merupakan salah
satu sumber ekonomi Pulau Pinang, selain sektor pembuatan dan
pelaburan.
“GST (Cukai Barangan
dan Perkhidmatan) memang banyak menyusahkan rakyat dan Kerajaan
Negeri.
“Kita (Kerajaan Negeri)
hanya boleh bergantung pada pelaburan dan pelancongan dan dalam
sektor pembuatan,” jelas Guan Eng yang juga yang juga Ahli
Parlimen Bagan merangkap Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan
Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal
Bukan Islam.
Difahamkan, pelayaran
Star Cruises milik Superstar Libra ke Krabi dekat Thailand tidak lagi
singgah ke Pulau Pinang sejak pertengahan bulan Julai lepas, dan
memilih China sebagai destinasi perhentian terbarunya.
Pada satu-satu pelayaran
ke negeri ini dahulu, kapal pelancongan mewah tersebut membawa
sehingga 1,480 penumpang, termasuk 740 anak kapal.
Terdahulu, SuperStar
Libra pada 13 Julai lepas mengumumkan bahwa Star Cruises akan
memindahkan pelabuhannya ke Xiamen dekat China, selain melancarkan
dua jadual perlayaran baru dari Xiamen ke Penghu dekat Taiwan serta
ke Miyakojima dan Naha dekat Okinawa, Jepun.
No comments:
Post a Comment