08 July 2015

WSJ dedah 'qarinah' dokumen 1MDB walaupun tiada empat saksi, Guan Eng respons Abdul Hadi

LIM Guan Eng menggap intepritasi Abdul Hadi Awang dan Harun Din terhadap Mohd. Najib Razak membuktikan PAS telahpun berubah haluan politiknya belakangan ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pendedahan portal berita antarabangsa Wall Street Jurnal (WSJ) mengenai beberapa dokumen eksklusif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan unsur penyelewengan dalam tadbir urus Datuk Seri Najib Tun Razak wajar dilihat sebagai qarinah atau bukti penguat, sungguhpun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan empat saksi masih diperlukan untuk membuktikan kesalahan Perdana Menteri itu. 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan berkata kenyataan Abdul Hadi serta pendirian berasingan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Harun Din yang mendakwa pendedahan WSJ itu adalah tidak logik sebenarnya hanya dalih dua pemimpin parti tersebut demi menyokong peribadi Najib.

“Dalam negara-negara umat Islam yang lain, mereka yang terlibat dalam rasuah menerusi dokumnen pun boleh kena (dihukum).

“Saya rasa intepritasi yang dipakai oleh Hadi hanya untuk membela Najib sahaja, sama padangan yang dikeluaran oleh Harun Din,” tegas Guan Eng kepada wartawan di sini petang tadi.

Abdul Hadi dipertikai gara-gara berdalih kononnya empat saksi diperlukan demi membuktikan Najib bersalah, manakala Harun pula menganggap pendedahan WSJ mengenai skandal 1MDB itu adalah tidak logik.

Justeru, Guan Eng turut mempertikai pendirian Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Taqiyuddin Hassan yang menyatakan protes terhadap skandal 1MDB semasa perhimpunan aman di Parlimen pada 7 Julai lalu.

“Pada satu pihak cakap menentang apa yang berlaku dalam isu 1MDB, tetapi pada pihak lain menyokong Perdana Menteri.

“Sama seperti pendirian PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi mahu berada dalam Pakatan Rakyat, sama juga dengan PAS menentang GST (Cukai Barangan & Perkhidmatan) tetapi mahu menyertai 'Kerajaan Campiran' dengan Umno Barisan Nasional,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Setiausaha Agung DAP.

Di sisi Islam, difahamkan, 'qarinah' masih boleh digunakan sebagaimana koyakan pada bahagian belakang baju Nabi Yusof A.S dijadikan 'bukti penguat' bahawa lelaki berkenaan tidak pernah mencabuli Zulaika sebagaimana didakwa oleh isteri pembesar itu.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

...wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan azab yang pedih?

"Yusuf berkata: Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya); dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta."

"(Berkata saksi itu lagi:) dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."

"Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang...” [Surah Yusuf: 25 - 28]

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus