KEADAAN ladang penternakan ayam secara Closed Breeding Farm menggunakan teknologi tinggi bertaraf antarabangsa turut didirikan di TKPM di sini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
BUKIT TENGAH -
Pembukaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru dengan nilai
pelaburan kira-kira RM40 juta baru-baru ini demi memenuhi keperluan
makanan negeri.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu demi memenuhi keperluan
makanan negari yang dijangka kian meningkat menjelang tahun 2020.
"Kesedaran pada
pengguna terhadap makanan protein umpamanya mengakibatkan permintaan
ikan tiap-tiap tahun kian meningkat, maka, penternakan ikan
akaukultur dengan sokongan teknologi terkini sudah tentu diperlukan
sebagai alternatif.
"Tidak ada yang
mustahil untuk dicapai jika kita berusaha melaksanakan projek
berskala besar, secara komersial dengan disokong oleh teknologi
tinggi, membabitkan usahawan termasuk daripada sektor swasta.
"Jadi, saya berharap
kemajuan aktiviti pertanian di Pulau Pinang dengan sokongan teknologi
terkini mempu dilakukan supaya setanding dengan sektor perindustrian
dan pelancongan negeri," ujar Guan Eng pada Majlis Perasmian
Pembukaan TKPM tersebut.
Exco Pertanian &
Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin
turut berucap pada majlis tersebut.
Guan Eng memberitahu,
kesedaran pengguna pada makanan berprotien mengakibatkan permintaan
ikan daripada 1.3 juta tan metrik pada tahun 2010 dijangka meninggkat
kepada 1.9 juta tan metrik pada tahun 2020, dengan pertumbuhan 3.8
peratus setahun.
Lagipun, Guan Eng
menjelaskan bahawa sektor pertanian negeri mencapai pertumbuhan
menggalakkan sebanyak 4.7 peratus, berbanding dengan 3.0 peratus
untuk seluruh Malaysia untuk tahun 2011 hingga 2013.
"Ini menyebabkan
sumbangan pertanian kepada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) naik
kepada 1.9 peratus pada tahun 2013, berbanding dengan 1.6 peratus
pada tahun 2005," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah
& Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian,
Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Sebelum itu, Dr. Afif
memberitahu bahawa TKPM yang berkeluasan 115.20 hektar itu
dibahagikan kepada zon pertanian, zon perinkanan dan zon penternakan.
Tambah beliau, pengurusan
TKPM ini turut disokong secara bersepadu oleh Jabatan Pertanian,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan peringkat
negeri.
Difahamkan, penternakan
ayam secara Closed Breeding Farm menggunakan teknologi tinggi
bertaraf antarabangsa turut didirikan di TKPM.
Langkah komersial itu
susulan Nilai Hasil Tahunan (NHT) bagi aspek pengeluaran peladangan
melebihi hasil RM844.10 juta yang diperoleh pada tahun 2014, dengan
60 peratus hasil daripada pengeluaran ayam dan itik.
Timbalan Ketua Menteri I,
Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal
Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
dan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri merangkap
Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Dato' Abu Jamal
Nordin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen
dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani turut hadir pada
majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment