09 July 2015

Tanjung Villa dipilih, 'rumah ganti rumah' bela 54 setinggan, umum Guan Eng

KETUA Menteri (empat dari kiri) diiringi Mohd. Rashid Hasnon (tiga dari kiri), Ng Wei Aik (paling kanan) dan Lau Keng Ee (lima dari kiri) diberikan penjelasan mengenai rancangan pemajuan Sandiland oleh wakil Tanjung Villa, pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Tanjung Villa Developement Sdn. Bhd. dipilih secara tender terbuka untuk memajukan 803 unit pangsapuri mampu milik pelbagai kategori di Sandiland Foreshore kerana pemaju itu menawarkan nilai tertinggi kepada Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM36 juta.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, 54 pemilik rumah setinggan di kawasan tersebut akan diberikan unit rumah berwajib, dalam projek pembangunan kasar yang keseluruhannya bernilai RM245,675,000 itu.

“Projek ini untuk membekalkan rumah mampu milik untuk rakyat dan pada masa yang sama 54 buah rumah setinggan dapat sebuah rumah ganti untuk membolehkan mereka hidup secara bermaruah.

“Bayaran paling lumayan diterima oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk-penduduk di kawasan itu pun dapat dibela (dengan rumah) ganti rumah,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dan Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) turut menyaksikan majlis tandatangan Surat Penyataan Hasrat (RFP) antara Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Dato' Rosli Jaafar selaku tuan tanah dan Datuk Hing Yeam Wah (Pengarah Urusan Tanjung Villa).

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee.

Guan Eng memberitahu, projek tersebut terdiri oleh 241 unit pangsapuri kos sederhana rendah berkeluasan lantai 1,000 kaki persegi dengan harga RM400,000, 161 unit berkeluasan lantai 900 kaki persegi (RM300,000) dan 80 unit unit berkeluasan lantai 800 kaki persegi (RM200,000), serta 321 unit pangsapuri kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi berharga RM72,500.

Terdahulu, Kerajaan Negeir melalui PDC telah mengemukakan RFP, dengan beberapa syarat mulai 21 Julai hingga 3 September tahun lepas.

Sejumlah sembila syarikat pemaju memberikan maklum balas, sebelum Kerajaan Negeri meluluskan penganugerahan RFP kepada Tanjung Villa pada 14 Januari lalu.

Guan Eng memberitahu, projek pembangunan di atas tanah seluas 4.23 ekar tersebut dijangkap memberikan nilaian kompetatif, memandangkan lokasinya menghampiri dalam lingkaran pusat bandaraya George Town, serta Komtar yang kini sedang mengalami proses pemulihan fizikal fasa lima.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus