Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA -
Larian Sihat Basmi Arak Murah pada 11 Oktober depan dari Padang
Majlis Perbandaran Seberang Perai di sini mensasarkan 8,000
penyertaan, termasuk pelajar-pelajar sekolah.
Ahli Majlis MPSP, P.
David Marshel memberitahu, acara tersebut dianjurkan oleh Gerakan
Anti-Arak Murah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri, MPSP.
“Setakat ini 18,000
tandatangan telah berjaya dikumpulkan, dan kita berharap program
(seumpama) Larian Sihat Basmi Arak Murah ini boleh menyumbang ke arah
sasaran 100,000 tandatangan bantah penjualan arak murah pada
penghujung tahun ini,” jelas David bersama-sama seorang lagi Ahli
Majlis, M. Satees kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat
Bandar Perda di sini, semalam.
Katanya lagi, acara
tersebut ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang
mengubal undang-undang baru untuk mengawal arak murah.
Barcakap pada sidang
media sama sebelum itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd.
Sharif memberitahu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri
dijadual akan menyempurnakan acara pelepasan larian, yang turut akan
disertai oleh Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy.
Setiausaha Majlis, Sr.
Rozali Mohamud serta beberapa Ahli Majlis lain, A. Tiagarajen, Loh
Joo Huat dan Zulkifli Ibrahim turut menyertai sidang media sama.
Difahamkan, larian ria
sejauh 4.5 kilometer itu bermula dari Padang Bandaran MPSP dekat
Butterworth melalui Jalan Kampung Bengali, Jalan Telaga Air, Jalan
Raja Uda, Jalan Kampung Paya, Jalan Kampung Gajah, Jalan Bagan Luar
dan kembali ke garisan permulaan.
Yuran RM15 untuk kategori
kanak-kanak berusia enam tahun ke atas, manakala RM25 untuk kategori
dewasa serta pelajar sekolah yang berusia 13 tahun dan ke atas.
“Ini bukan acara
perlumbaan, tetapi ini adalah larian ria, maka mereka yang menyertai
larian ria ini akan diberi sijil penyertaan, beg kitar semula dan
hadiah-hadiah tajaan yang lain,” jelas wakil penganjur, WC Event
Organiser Sdn. Bhd..
Pendaftaran secara
offline boleh dibuat di semua Kaunter Utama MPSP atau di Pusat
Khidmat ADUN Perai P. Ramasamy atau hubungi wakil penganjur di talian
012-4472042/01124215661/045489875.
Pendaftaraan secara
online boleh dibuat di laman web www.wceevents.com.my, dan tarikh
tutup pada 15 September 2015.
“Pengambilan baju T
larian pada 1 dan 8 Oktober di Lobi MPSP Bandar Perda, mulai jam
10.00 pagi hingga 4.00 petang,” ujar wakil penganjur lagi.
Terdahulu, kempen
membasmi arak murah dilancarkan pada bulan Julai lalu, antara lain
demi mengurangkan risiko kematian akibat sakit barah, khususnya
daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin.
No comments:
Post a Comment