Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
MACHANG BUBOK –
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (SPS) memajukan
projek tebatan banjir yang menelan belanja kira-kira RM14 juta di
sini dijangka siap pada awal tahun depan.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata,
projek pemajuan tersebut diharap dapat mengurangkan risiko banjir
untuk penduduk serta pengguna jalan raya setempat, khususnya di Taman
Usaha dekat Machang Bubok dan Permatang Tinggi dekat Bukit Mertajam.
"Projek ini
dijadualkan siap pada suku pertama tahun depan.
“Kami berharap projek
ini, yang telah pun bermula, akan meningkatkan aliran air dan
mengurangkan banjir di kawasan yang terlibat," kata Kon Yeow
yang juga ADUN Padang Kota kepada wartawan, semasa melawat tapak
pemajuan di sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon, Mohammad Anuar Abdul
Nasir (jurutera JPS) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha bagi Majlis
Perbandaran Seberang Perai, MPSP) serta Ho Leng Hong (Ahli Majlis
MPSP) turut menyertai lawatan tapak tersebut.
Menurut Chow, pemajuan
tersebut terdiri oleh penarafan rumah pam sedia ada di Permatang
Tinggi yang menelan belanja RM6.7 juta dan pembinaan saluran pintasan
(bypass channel) sepanjang
4.8 kilometer dari Taman Impian di sini ke longkang utama sedia ada,
yang menelan kos RM8 juta.
Dalam perkembangan
berkaitan, Kon Yeow memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan memajukan
empat lagi projek serupa di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam
tempoh lima tahun ini.
"Dengan bajet
kira-kira RM53.5 juta, projek itu dari Kampung Tanah Liat ke Taman
Guru (RM11.5 juta), Padang Lalang ke Kampung Permatang Rawa (RM11
juta), Bukit Tengah ke Taman Desa Daman dan Jalan Medan TEMBIKAI
(RM19 juta) dan Taman Mangga ke Jalan Juru (RM12 juta).
"Kerja-kerja,
termasuk meluaskan parit, memperbaiki sistem aliran air dan menaik
taraf pam air," katanya.
Perkembangan terbaru ini
sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memajukan
infrastruktur asas demi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri
ini.
No comments:
Post a Comment