01 April 2015

Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersejarah!

PATAHIYAH Ismail (berdiri) melafazkan ikrar pelantikan sebagai “Datuk Bandar” bagi MBPP dalam majlis penuh istiadat di depan TUN Abdul Rahman Abbas (duduk, dua dari kanan) dan isteri di kediaman rasmi Seri Mutiara, sambil disaksikan oleh pemimpin utama Kerajaan Negeri yang lain di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilangsungkan dengan penuh adat istiadat di perkarangan Padang Kota Lama di sini, sekaligus menjadi satu lagi peristiwa bersejarah di negeri berkenaan, semalam.

Datuk Bandar MBPP, Dato' Patahiyah Ismail dibawa menyaksikan acara perbarisan penguatkuasa sebelum menyampaikan ucaptama di Dewan Bandaran dengan penuh istiadat.

Beliau turut dibawa menyempurnakan acara menanam pokok jenis Maingaya Melayana di sini, sebelum dilangsungkan acara jamuan tengah hari bersama-sama tetamu serta kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Patahiyah dalam ucapannya menyebut, pengisytiharan MBPP tersebut sekaligus akan menggandakan lagi usaha PBT berkenaan dalam mereputasi mutu pelanggan, khususnya kepada para pembayar cukai.

Sudah tiba masanya untuk kita (warga Pulau Pinang) bersama-sama mengubah atau menerima anjakan paradigma di mana peraturan atau syarat yang tidak sesuai diubah,” ujarnya dalam majlis bersejarah tersebut.

Hadir sama, Setiausaha MBPP, Ir. Ang Aing Thye serta barisan Ahli Majlis lain majlis yang diadakan serentak dengan jamuan tengah hari.

Sebelum itu, Patahiyah turut menyertai majlis istiadat berasingan di kediaman rasmi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.Y), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) serta pemimpin Kerajaan Negeri yang lain turut hadir pada majlis itu.

Mewakili Putrajaya, Ketua Setiausaha bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Arpah Abdul Razak menyerahkan Suratcara Pengisytiharan MBPP kepada Tun Abdul Rahman.

Istiadat diteruskan dengan acara Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan Patahiyah sebagai “Datuk Bandar”, disusuli dengan istiadat mengangkat sumpah Patahiyah ke jawatan tersebut.

Pada Majlis tersebut, Patahiyah memakai busana beradat seperti jubah khas diperbuat “Blue Bramfield Silk Damask”, jahitan tangan sepenuhnya oleh syarikat Ede & Ravenscroft Limeted, yang berpengkalan di London.

Patahiyah turut dipakaikan Kalung Datuk Bandar MBPP yang diperbuat daripada perak 925 bersaduran emas dengan sambungan 17 kerawang menjadi rantai leher.

Dua pegawai istiadat membawa Cokmar khas mengiringi posisi depan dan belakang Patahiyah di sini.

Difahamkan, Kerajaan Tempatan yang pertama ditubuhan di negera ini adalah di Pulau Pinang, iaitu pada tanggal 4 Januari 1801, dengan penubuhan Jawatankuasa Penaksir bagi menguruskan kadar taksiran setempat sehingga tahun 1827 tanpa pengiktiran undang-undang.

Kemudian, Majlis Perbandaran ditubuhkan pada tahun 1856, diikuti dengan penubuhan Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat (OPN) yang mempunyai lebih kuasa dalam mengendalikan hal ehwal kesihatan mulai 1 Januari 1888 hingga 1913.

Pada tahun 1950, Ordinan Pilihan raya Penguasa Tempatan diperkenalkan, bagi mengantikan amalan pelantikan presiden serta ahli-ahli majlis yang lain.

Malah, pilihan raya pertama di Malaya turut diadakan di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 bagi memilih para ahli majlis bagi Majlis Perbandaran George Town.

Sehingga tahun 1957, perayaan 100 tahun usia Perbandaran George Town (1857-1957) antara peristiwa bersejarah yang diraikan di sini.

Pada 1 Januari 1957, Perbandaran George Town dinaiktaraf menjadi “Bandaraya” melalui Letters Patent dengan arahan Queen Elizabeth II, sekaligus merekodkan George Town merupakan bandar raya pertama di Malaysia walaupun tidak melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Ketiga, kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 pun di sini.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditubuhkan pada 15 Disember 1976, kemudiannya dimahsyurkan menjadi MBPP pada 31 Mac 2015 di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus