01 April 2015

Pemohon PTSR dijangka meningkat selepas GST, kata Mohd. Rashid Hasnon

MOHD. Rashid Hasnon (depan, empar dari kiri) bersama-sama Zolkifly Md. Lazim (lima dari kiri) dan Bahrain Abd. Wahab (enam dari kiri) merakamkan gambar bersama-sama peserta Majlis Diolog Komuniti 'Bagaimana Mikrokredit PTSR Boleh Bantu Peniaga Kecil?' di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Bilangan pemohon pinjaman mikrokredit Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun ini dijangkap meningkat secara mendadak, susulan langkah Kerajaan Pusat melaksanakan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April.

Timbalan Ketua Menteri, Dato' Mohd. Rashid Hasnon berkata demikian pada Majlis Diolog Komuniti 'Bagaimana Mikrokredit PTSR Boleh Bantu Peniaga Kecil?' di sini baru-baru ini.

"Untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat terutamanya apabila Kerajaan Pusat berdegil untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini, tidak dapat tidak peniaga-perniaga kecil pun perlu untuk bekerja lebih keras untuk hadapi semua ini.

"Saya puji semua di sini kerana PTSR yang Kerajaan Negeri sedia ini memang untuk modal peniaga kecil mengembangkan potensi perniagaan masing-masing," ujar Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak di Dewan Komuniti Taman Sireh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Zolkifly Md. Lazim (Penaung Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad, KPATSBB) dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kebun Sireh, Bahrain Abd. Wahab turut berucap pada majlis tersebut.

Manakala, dialog dua hala PTSR pula dikendalikan oleh Pegawai Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Suhaidi Abu Bakar, sebelum jamuan komuniti.

Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak turut merakamkan penghargaan kepada JKKK Kebun Sireh atas penganjuran program tersebut bersama-sama Pejabat Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Mohd. Rashid memberitahu, Kerajaan Negeri sejak pelancaran PTSR pada bulan Oktober 2009 dianggarkan memperuntukan sebanyak RM9 juta demi membantu peniaga kecil di negeri ini.

Dari jumlah itu, katanya lagi, sebanyak RM8,524,630.40 telahpun diagihkan kepada 2,016 peminjam meliputi kelima-lima daerah di negeri ini.

1,691 Melayu dipilih menyertai sistem pinjaman mikrokredit ini, manakala, Cina dan India masing-masing seramai 159 orang dan 169 orang.
"Peminjam PTSR kali keempat pun telah ada diluluskan (PDC)...PTSR ini bukan geran sebagaimana diamalkan oleh pihak tertentu, tetapi, pinjaman mikrokredit yang kali pertama sahaja sifar faedah.

"88 peratus (jumlah pinjaman mikrokredit PSTR) berjaya dikutip balik, manakala pinjaman tidak berbayar (NPL) 12 peratus sahaja," ujar Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak turut merakamkan penghargaan kepada JKKK Kebun Sireh atas penganjuran program tersebut, serta berjaya mengumpulkan hampir 100 penjaja kecil yang berminat untuk memohon PTSR.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas partisipasi tujuh JKKK dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah pada majlis komuniti itu.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus