01 April 2015

Mungkin Malaysian Books of Records rekod 6,000 sertai bengkel CPR – Exco Kesihatan

DR. Afif Bahardin (tujuh dari kiri) melakukan demontrasi CPR sebagai gimik perasmian Karnival Mass CPR 2015 di Sekolah Menengah Han Chiang di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

AIR ITAM - Seramai 6,000 pelajar dan orang awam menyertai bengkel Resusitasi kardiopulmonari (CPR) di perkarangan Sekolah Menengah Han Chiang di sini baru-baru ini, sekaligus mungkin akan memecahkan rekod berwajib dalam Malaysian Books of Records.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Masyarakat, Dr. Afif Bahardin berkata, angka penyertaan itu lebih ramai berbanding 4,459 orang yang menyertai program serupa di Johor pada tahun 2006.

“Saya langsung tidak terfikir yang hari ini, aktiviti Mass CPR ini akan melibatkan begitu banyak penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat, yang jumlah penyertaan peserta melibatkan lebih 6,000 orang, yang seterusnya boleh memecahkan rekod Malaysian Books of Records,” ujar Dr. Afif dalam nada kagum dan terkejut, semasa merasmikan Karnival Mass CPR 2015 di sini baru-baru ini.

Dr. Luah Lean Wah selaku pengerusi pengajur mewakili empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Penang CPR Society, St. John Ambulans Malaysia, Malaysian Red Crescent Society dan Lions Club International District 308 B2 turut berucap pada majlis bersejarah tersebut.

Menurut Dr. Afif, karnival seumpama ini diharap dapat mendedahkan ilmu serta pengalaman kepada komuniti mengenai langkah kecemasan menyelamatkan nyawa seseorang yang diserang sakit jantung.

“Apabila jantung berhenti, dalam masa tiga hingga empat minit sahaja, mangsa mungkin akan mengalami kecederaan otak yang serius disebabkan kekurangan oksigen ke otak.

“Kecemasan ini berlau di mana-mana tidak kira siang atau malam...lebih baik jika setiap orang tahu cara membuat CPR kerana CPR sememangnya boleh menyelamatkan seseorang, khasnya dalam saat-saat genting,” jelas Dr. Afif lagi.

Sebelum itu, Dr. Luah mengesahkan bahawa pihak penganjur menerima kira-kira 7,700 pra pendaftaran.

"Kami mempunyai sejumlah 7,700 pra-berdaftar, tetapi, Malaysia Book of Records membuat pengesahan (melalui) tandatangan oleh para peserta yang telah menjalani latihan kemahiran itu sahaja," jelas Dr. Luah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus