Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG
JAYA - Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),
Dato' Maimunah Mohd. Sharif baru memeterai suatu perjanjian
persefahaman (MOU) pada 9 April lepas dengan Datuk Bandaraya Seoul,
Won-soon Park di Korea Selatan.
Munurut
Maimunah, memorandum persefahaman itu antara lain menyertuh aspek
polisi memulihara alam sekitar serta saling bertukar pengalaman dan
teknologi berwajib di kedua-dua bandar.
"MPSP
diberi pengiktirafan dalam beberapa perkara penting dalam kerjasama
yang dipersetujui secara bersama mengenai pemuliharaan alam sekitar
dan kita (MPSP) bersetuju untuk menandatangani MOU ini dengan Seoul
demi mengeratkan lagi persaudaraan (antara kedua-dua bandar).
Tambah beliau,
kebanyakan inti utama perjanjian persefahaman tersebut adalah
menyentuh pada polis bekerjasama merealisasikan kehijauan serta
mengukuhkan kerjasama yang strategik.
"Kedua-dua
bandar sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan dan persamaan,
pertukaran pengalaman, perkongsian kepakaran yang diperlukan serta
pengalaman dalam pengurusan sisa dan sisa yang diperbaharui menjadi
tenaga (WTE).
Justeru,
katanya lagi, pengiktirafan peringkat antarabangsa itu sekaligus
mereputasi nama Pulau Pinang.
Dalam
perkembangan lain, Maimunah memberitahu, Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) berkenaan turut diberi pengiktirafan menganggotai ahli ICLEI
(Logar Governments for Sustainability) sejak 2014.
Maimunah pada
8 hingga 12 April lepas dipilih mewakili Asia Tenggara dengan
menghadiri Kerajaan Tempatan untuk Kelestarian (ICLEI) Kongres Dunia
2015 di Korea,
ICLEI adalah badan bukan keuntungan antarabangsa yang menyediakan jaringan bagi membolehkan pelopor kemapanan seluruh dunia bukan sahaja mencetuskan perubahan di kota, malah seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment