KETUA Menteri menyantuni balu Chian Meng Kai, Tan Chui See sambil disaksikan oleh hadirin lain di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
BUKIT TENGAH -
Jalan Bayu Mutiara dekat Pekan Bukit Mertajam sepanjang 970 meter
yang menghubung antara Jalan Song Ban Kheng dan persimpangan Jalan
Bukit Tengah di sini kini dimasyurkan semula sebagai Jalan Chian Heng
Kai.
Ketua Menteri, Y.A.B.
Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah pemasyuran tersebut sebagai
mengenang jasa Heng Kai sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada
penggal tahun 1986 dan 1995.
CHIAN Heng Kai. |
“Prinsip-prinsip kukuh
serta semangat juang yang ditunjukkan oleh mendiang Datuk Chian
adalah teladan,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada
Majlis Pemasyuran Jalan Chian Heng Kai di sini baru-baru ini.
Exco Kerajaan Tempatan,
Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Lim Hock
Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Chong Eng (Exco
Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
merangkap bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Wong Hon Wai
(Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), A. Thanasekharan (Ahli
Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam), Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Ong
Chin Wen (ADUN Bukit Tengah), P. Kashthuriraani (Ahli Parlimen Batu
Kawan.
Hadir sama, Yang
di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah
Mohd. Sharif, Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah),
Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah), Er Teck Hwa (Ahli
Parlimen Bakri) dan Dr. Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup DAP
Kebangsaan).
Difahamkan, Heng Kai
pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Gajah, selepas memengi Pilihan Raya
Umum 1978.
Ketika itu, difahamkan,
beliau dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
selama empat tahun sembilan bulan, ekoran ketegasan prinsipnya dalam
memperjuangkan kepentingan pendidikan bahasa ibunda, yang dipertikai
oleh pemimpin Kerajaan Pusat.
Heng Kai semasa berusia
antara 70 hingga 71 tahun menghembuskan nafas terakhir pada tanggal
16 Mei 2011 akibat barah hati dan disemadikan di Muar, Johor.
Mendiang Heng Kai
meninggalkan seorang balu, Datin Tan Chui See dan tiga anak.
No comments:
Post a Comment