01 April 2015

Guan Eng harap Penang Medical College tumpu perluas khidmat kesihatan awam

KETUA Menteri (dua dari kanan) diiringi Dr. Afif Bahardin (paling kanan) dan Amir Khir (tiga dari kanan) serta Dr. Jalilah Adnan (bertudung merah) menyaksikan pelatih PMC melakukan demontrasi menggunakan aksesori klinikal di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

KETUA Menteri (enam dari kiri) menerima cerderamata daripada Amir Khir (tujuh dari kiri) sambil diperhati oleh tetamu kenamaan lain pada Majlis Perasmian Pembukaan PMC Clinical Skills & Education Centre di sini baru-baru ini.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pusat Kemahiran dan Pendidikan Klinikal bagi Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) yang siap dibuka dekat Seberang Jaya di sini baru-baru ini diharap memberi tumpu pada khidmat penjagaan kesihatan di hospital awam, serta mengembangkan potensi industri pelancongan perubatan negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, rekod kecemerlangan dua universiti terkemuka dunia, Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) dan University College Dublin (UCD) yang kini secara bersama memiliki PMC mampu merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri tersebut.

“Kita mempunyai hari yang sangat baik pada masa hadapan, bukan hanya untuk perkhidmatan kesihatan awam, bahkan, juga untuk PMC.

“(Pembukaan pusat) ini hanya akan mereputasi lagi mutu penjagaan kesihatan di negeri dan negara ini (agar) lebih berkualiti, serta memajukan potensi industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang,” ujar Guan Eng pada Majlis Perasmian Pembukaan PMC Clinical Skills & Education Centre di sini baru-baru ini.

Difahamkan, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hasil pelancongan perubatan pada tahun 2013 berjumlah RM690 juta, berbanding RM574 juta, dengan kiraan 16 peratus bagi tahun sebelumnya.

Seramai 770,134 pesakit daripada seluruh dunia mendapatkan rawatan hospital di negara ini pada tahun 2013, berbanding 671,727 persakit pada tahun 2012.

Di Pulau Pinang pula, jumlah pelancong kesihatan pada tahun 2014 meningkat kepada 351,673 pesakit, berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah 297,850 orang.

Justeru, Guan Eng berkata, peranan yang dimainkan oleh PMC-RCSI-UCD sangat penting, memandangkan institusi berkenaan di negeri ini memenuhi piawaian yang digariskan oleh Irish Medical Council serta diiktiraf oleh beberapa badan pendidikan antarabangsa yang lain.

Maka, katanya lagi, Kerajaan Negeri berharap PMC, RCSI dan UCD dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih erat dengan hospital awam, khususnya Hospital Seberang Jaya.

“Menjadi harapan Kerajaan Negeri agar PMC, RCSI dan UCD dan Hospital Seberang Jaya untuk terus menjalinkan hubungan erat bukan sahaja untuk rakyat di Pulau Pinang, malah untuk penuntut daripada seluruh pelusuk dunia,” jelas yang juga ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut memuji PMC, RCSI dan UCD yang buat julung kalinya menawarkan biasiswa berjumlah RM2 juta kepada warganegara yang layak melanjutkan pengajian ke institusi tersebut, bagi kemasukan bulan September tahun ini.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Eksekutif merangkap Dekan PMC, Prof. Amir Khir, Prof. Hannah McGee (Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan RCSI), Prof. Des Fitzgerald (Naib Canselor Penyelidikan merangkap Pengarah Kolej Sains Kesihatan UCD) dan Dato' Dr. Zailan Dato' Adnan (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri) turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Sehingga kini, lebih 1,200 graduan dilahirkan melalui PMC bersama-sama institusi RCSI dan UCD ini, dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang anak Malaysia lepasan RCSI yang berjaya dalam kerjaya sebagai doktor gigi serta ahli politik negara.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus