06 June 2013

Merzagua hargai insentif RM250,000 Kerajaan Negeri

Jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Merzagua Abderrazak merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pemberian insentif RM250,000 lagi.

Beliau berkata, FAP yang menjuarai Liga Malaysia baru-baru ini hatta melonjak masuk ke Liga Perdana pada musim saingan depan akan membuat persembahan yang lebih baik demi menghagai sokongan peminat pasukan bola sepak tersebut.

"Saya sangat menghargai kerana ini kali kedua (FAP) terima (insentif). Kali pertama (menerima insentif RM450,000) semasa musim Liga Malaysia bermula.

"Terima kasih banyak-banyak kerana begitu cakna dengan pasukan kami sejak dari awal musim hingga musim (Liga Malaysia) berakhir," ujar Merzagua semasa bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, George Town baru-baru ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Jaseni bin Maidinsa, Ramathula Haja Mydin (Setiausaha Kehormat FAP) dan pegawai-pegawai FAP serta seluruh pemain utama turut hadir pada sidang media itu.

Bercakap pada sidang media sama, Ramathula berkata, pihaknya akan menggandakan usaha supaya FAP melakukan persembahan terbaik dalam Liga Perdana yang dijadual bermula tahun depan.

"Kami berjanji dalam Liga Perdana tahun depan, kami akan buat (pesembahan) sebaik mungkin untuk melonjak diri ke Liga Super," ujar beliau.

Sebelum pada itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri melalui PBAPP menyumbang RM250,000 lagi sebagai menghargai kejayaan FAP menjuarai Liga Malaysia.

"Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah memberikan RM450,000 kepada FAP. Dengan sumbangan RM250,000 lagi sebagai insentif, keseluruhannya berjumlah RM700,000. 

"Kalau lebih banyak kemenangan dan kejayaan, Kerajaan Negeri tentu akan memberi banyak lagi insentif," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata,  tiada campur tangan ahli politik dalam FAP merupakan salan satu punca persatuan bola tersebut kian maju.

"(Ini) menunjukkan pendekatan Kerajaan Negeri ke atas sukan adalah betul iaitu kita tidak mahu orang politik yang tidak tahu tentang sukan menjadi pemimpin (persatuan sukan).

"Lebih baik orang yang berbakat dalam sukan memimpin sukan. Janganlah panggil itu menteri-menteri yang tak ada masa langsung, dia hanya menjadi 'hiasan' sahaja, bagi susah pada semua orang," ujar beliau.

Difahamkan, sesi pentadbiran FAP lepas menyaksikan Pulau Pinang pernah berada pada tangga corot ekoran permainan politik yang keterlaluan di bawah pengaruh pengerusinya, Zahrain Mohamed Hashim (bekas Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Bayan Baru).

Justeru, Guan Eng berkata, budaya persaingan yang bebas dari pengaruh politik perlu terus wujud dalam kalangan pemain dan pentadbiran FAP demi memastikan persatuan sukan itu terus dilihat profesional.

"Kalau tak ada keputusan baik, saya rasa biar ia diputuskan oleh ahli-ahli untuk pilih mereka yang paling berpakaran, bukan mereka yang paling berpangkat (ahli politik)," ujar beliau. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus